Cantiknya library UM!

Saturday, November 07, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

perpustakaan UM


Betul ke ini perpustakaan di Universiti Malaya? Cantiknya!

Kalau ikutkan info di FB The University Of Malaya Library, memang beginilah rupanya di COLA, Aras 3.1, Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Kalau beginilah rupanya, hari-hari pergi perpustakaan pun tak jemu!


perpustakaan UM
 
 
Saya tak pernah sampai lagi ke Universiti Malaya. Bertuah sungguh student Universiti Malaya ini kerana mempunyai kemudahan yang sebegini canggih dan selesa. Siap ada children area untuk kemudahan student yang bawa anak-anak ke perpustakaan. Jadi dah tiada alasan kan untuk malas ke perpustakaan!
 
Zaman saya study di UKM dulu, pergi ke perpustakaan hanya di musim-musim peperiksaan untuk mengulangkaji pelajaran. Sebab kalau duduk di bilik asrama, kalau bukan aktiviti duduk bersembang dengan kawan-kawan mesti buat aktiviti yang kurang bermanfaat, senang cerita terlelap la jawabnya!
 
Macam mana rupa Perpustakaan Tun Sri Lanang di UKM sekarang ya? Adakah sudah secanggih perpustakaan di UM?
 
 


0 comments: