Lelaki Itu

Tuesday, November 10, 2015 Ana 0 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera..



Berjaya menggagahkan diri ke KLCC petang tadi. Gigih pusing-pusing cari parking dan lepas tu jalan terus menuju ke Toys R' Us.

Sampai di Toys R' Us,  tanpa buang masa, terus tanya pada adik yang bertugas tengah susun barang mainan.

Alangkah kecewa nya bila adik tu kata mainan Minecraft tu belum ada stok. Tak tahu bila ada stok katanya. Kena datang lagi nampaknya.

Singgah makan nasi beriyani di food court yang penuh dengan orang. Lepas itu, macam biasa , jika datang ke KLCC, 'hasil tangkapannya' ialah popcorn Garrett dan Rotiboy.



Duduk lepak kejap tengok tarian India di ruang legar. Di sini berlaku satu perbualan yang menarik antara emak saya dan seorang makcik yang turut melepak.

Emak: Sorang saja ke?

Makcik: Tak lah, tengah tunggu anak dan Suami. Diorang pergi tengok wayang. Saya malas nak join, lepas shopping tu yang saya duduk tunggu kat sini.

Emak: Oh macam tu.

Makcik: Sorang itu je lah anak yang saya ada. Anak lelaki. Baru masuk universiti. Dia tak suka keluar-keluar dengan perempuan ni. Itu lah yang kalau nak tengok wayang dia ajak ayah nya tengok sekali. Apa-apa hal kalau nak ke mana-mana pun dia ajak saya atau ayahnya.

Emak: Oh iya ke (mak saya tak tahu nak komen apa)

Ada lagi ya remaja/belia lelaki yang suka keluar dengan mak dan ayah?

Bagusnya. Sebab kebanyakannya yang saya tahu zaman sekarang jarang anak muda yang suka nak keluar bersama mak dan ayah. Kalau keluar berjalan, selalunya dengan kawan-kawan.

Saya tak berapa bijak nak komen pasal kahwin-kahwin ni, tapi bila dengar cerita macam tu saya terus terfikir macam mana bila anak lelaki tu dah berkahwin nanti? Adakah akan jadi anak emak yang lebih banyak masa dengan mak dan ayah berbanding dengan isteri dan anaknya?

Entah lah. Dari satu sudut ada bagusnya sebab dia pentingkan nilai kekeluargaan walaupun dah masuk U.  Dari sudut yang lain mungkin ada sebab lain dia memilih tengok wayang bersama ayah berbanding bersama kawan-kawan nya.

Susah nak cari lelaki macam ni.

Teringin juga nak tengok macam mana orangnya anak makcik tu. Tapi tak kan nak duduk melepak dengan makcik tu tunggu wayang habis kan!



Lazada Malaysia

0 comments: