5 jenis lelaki di pejabat!
Kita cerita pasal lelaki ya hari ini.
Ada apa dengan lelaki?
Cerita saya bukannya pasal cara-cara mencari lelaki idaman, cara-cara memikat lelaki atau mengenai ciri-ciri lelaki idaman Malaya, tapi nak cerita jenis-jenis lelaki yang biasa kita jumpa di pejabat.
Masa bekerja pejabat dulu, kebanyakan masa nya saya perlu berurusan dan bekerjasama dengan kaum Adam ini.
Memang selalunya kalau perlu hadiri meeting, saya lah satu-satunya lain jantina yang tersesat dalam meeting itu.
Sepanjang berurusan dengan kaum Adam ini, antara jenis-jenis lelaki yang saya perhatikan adalah:
Lelaki #1 : Jenis yang berlagak dan tunjuk kuasa
- Lelaki ini jenis yang suka 'pass' saja tugas kepada orang bawahan tanpa arahan yang jelas. Kalau ada masalah di kemudian hari, baru nak mengamuk menjerit-jerit bagi satu pejabat dengar. Bagi lelaki ini, selagi orang bawahannya tak pengsan atau masuk wad sebab bebanan tugas melampau, dia akan humbankan segala tugas kepada orang tersebut!
- Lelaki jenis ini agak bahaya juga. Kadang-kadang depan cakap lain, belakang kita cakap lain!
Lelaki #2 : Jenis yang serba tahu @ buat-buat tahu
- Jenis yang pertama, team member yang agak senior. Lelaki senior ini selalunya mahu jadi orang yang serba tahu. Kadang-kadang kita baru hendak cerita mengenai sesuatu perkara, mereka akan dengan pantasnya kata mereka dah tahu, walaupun sebenarnya mereka tak tahu. Lepas itu, bila saya mula bercerita mereka pun akan bertanya itu dan ini (eh, bukan tadi kata dah tahu ke?). Disebabkan mereka senior, saya layankan saja!
- Jenis yang kedua, team member yang junior. Yang ini agak sakit hati. Jenis ini berlagak tahu semua benda. Bila diberi sesuatu tugasan, (disebabkan mereka berlagak tahu), mereka tidak akan bertanya soalan, dan yang lebih parah, mereka tidak tahu apa soalan nak ditanya sebab mereka sendiri tak tahu apa yang mereka tak tahu! (pening ek!)
Lelaki #3 : Jenis yang terlampau ramah
- Terlampau ramah di sini saya maksudkan sebagai terlebih ramah dalam perbuatan. Contohnya, terpegang tangan kita masa nak pegang mouse komputer (betul ke terpegang??), berdiri dekat-dekat sampai boleh dengar dia bernafas tepi muka kita masa kita nak tunjukkan sesuatu di skrin komputer dan banyak lagi situasi-situasi yang tak berapa nak menyenangkan.
Lelaki #4 : Jenis yang suka perempuan cantik sahaja
- Yang ini tak banyak saya nak komen. Jenis yang ini akan hulurkan pertolongan kepada rakan perempuan sepejabat yang cantik sahaja. Yang paling ketara masa ada pertukaran tempat duduk di pejabat. Kalau perempuan cantik , memang kalau boleh semua benda nak ditolong angkat kan ke tempat duduk yang baru. Kalau yang kurang cantik tu, memang dibiarnya angkat CPU, monitor, kerusi meja tu sendiri!
Lelaki #5 : Jenis yang menyenangkan semua orang
- Jenis yang ini memang menjadi
Ada tak lelaki-lelaki jenis seperti di atas di pejabat anda?
Ada lagi jenis-jenis lelaki di pejabat yang saya tertinggal kah?
0 comments: