Beli atau tunggu lagi?
Saya suka bincang-bincang pasal harga rumah. Sebab angan-angan saya nak miliki lebih daripada sebuah rumah sendiri. Tapi angan-angan terbantut kejap lepas berhenti kerja. Terbantut saja ya, bukan hilang terus daripada senarai angan-angan saya!
Ada sebuah rumah dekat dengan kawasan rumah saya ini hendak dijual. Sebuah rumah teres 2 tingkat , end lot, dengan keluasan 22x75, dijual dengan harga RM700,000.
Kebetulan, saya juga terjumpa post di FB mengenai harga rumah, yang di share kan oleh seorang sahabat kepada seorang sahabat yang lain.
Memang lebih kurang sama ceritanya. Yang bezanya, rumah berdekatan rumah saya ini dahulunya dibeli dengan harga RM70,000 sahaja. Dan kini rumah tersebut dijual dengan dengan harga RM700,000, itu bermakna 10 kali ganda daripada harga asal rumah tersebut!
Percaya atau tidak, harga jualan rumah itu boleh naik lebih tinggi lagi daripada RM700,000. Ini kerana selang beberapa blok daripada rumah tersebut, ada sebuah rumah teres end lot juga, tapi rumah setingkat, berjaya dijual dengan harga RM600,000!
Wah, jangan mimpi lah nak beli rumah di Lembah Klang dengan harga bawah RM500,000 lagi!
Bak kata Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Perumahan HBA Chang Kim Loong, jangan beli rumah sekarang ini, tunggu lagi 2 tahun. Ini kerana katanya harga hartanah dijangka lebih murah berikutan pengenalan langkah kawalan pinjaman oleh bank pusat.
Anda setuju? Tunggu lagi 2 tahun baru beli rumah idaman yang anda mampu milik?
Saya yang bukan pakar ni tak berapa nak setuju, kerana setahu saya yang kurang cerdik ini, harga rumah tidak pernah turun, malah makin naik setiap tahun. Blogger pakar hartanah, AbangEnsem juga ada pandangan tersendiri berkaitan saranan ini, sila rujuk entry nya di sini.
Pada saya, ayat yang paling menarik untuk difikirkan dalam entry itu ialah:
Beli hartanah bukan soal waktu, ia soal kita telah bersedia atau tidak. Jika kita telah bersedia untuk ada komitmen membayar pembiayaan rumah, silakan beli sahaja.
Persoalannya, apa yang kita telah/sedang/akan buat untuk mencapai tahap 'telah bersedia' itu?
Adakah sumber pendapatan yang ada sekarang mampu mencapai tahap 'telah bersedia' itu?
Atau kita akan
Soalan-soalan yang patut anda tanya sebelum membeli rumah, ketahuinya di sini. Pastikan anda ada ilmu di dada sebelum mengambil langkah hendak membeli rumah. Jangan sampai tertipu dengan janji-janji manis pemaju!
Jadi , macam mana dengan anda? Beli rumah sekarang atau tunggu dan tunggu dan tunggu lagi?
0 comments: