Berniaga lah walau pun anda telah kaya!
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Salam Jumaat, salam sayyidul ayyam...
Saya ada terbaca satu post di FB baru-baru ini yang pada saya macam merendah-rendah kan orang yang berniaga di pasar malam. Orang yang menulis tu mungkin terlibat secara langsung dalam bisnes MLM, sebab cara penulisan nya memang memuji melambung bisnes MLM ni.
Begitu juga dengan post pasal kisah seorang kakak yang kerja kerajaan dan selalu merendah-rendahkan adiknya yang berniaga nasi kukus tepi jalan. Ironinya, bila tiba hujung bulan akak yang kerja kerajaan ini lah yang akan call adiknya yang berniaga tepi jalan itu untuk pinjam duit!
Tak kisah lah sebenarnya apa pun bisnes atau pekerjaan yang kita buat, asalkan halal dan berlandaskan syariah, maka tidak ada perlu nya merendah-rendah kan golongan yang cari rezeki dengan cara mereka sendiri kan.
Lagipun, bukankah sembilan persepuluh daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan?
Saya ada kawan yang berniaga jual Shaklee secara online.
Saya ada kawan yang pandai menjahit dan jual set-set kelengkapan tidur untuk bayi secara online.
Saya ada kawan yang jual Umaima, produk kesihatan yang diasaskan oleh Abby Abadi.
Saya ada kawan yang jual Ephyra, produk kesihatan yang diasaskan oleh Amiza Amiruddin, yang juga satu batch dengan saya semasa sekolah menengah!
Saya ada kawan yang sangat berjaya jual kain cotton online, dan kini telah teroka bidang baru dengan mengajar ilmu berkenaan FBAds!
Saya ada kawan yang jual kuih raya, tiap-tiap tahun orang beli kuih raya daripadanya tanpa jemu (walaupun bukan time raya)
Banyak kan cabang perniagaan?
Selagi perkara-perkara yang dilarang (riba, peras ugut, tipu dan sumpah atas barangan jualan, rasuah, monopoli barangan, tipu dalam sukatan dan timbangan, menjual barang yang haram) dijauhi, InsyaAllah, rezeki tidak akan ke mana.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
0 comments: