Hanya berlaku di Jepun!
Lewat sampai ke pejabat memang perkara yang biasa berlaku. Lewat boleh disebabkan oleh macam-macam perkara, macam traffic jam, kereta/motor rosak, anak tak sihat dan banyak lagi.
Sepanjang saya kerja pejabat dulu,setahu saya alasan yang paling banyak digunakan bila lewat sampai ialah LRT rosak atau LRT lewat sampai daripada yang dijadualkan.
Memang pun, banyak kali kawan-kawan saya yang bergantung kepada perkhidmatan LRT terpaksa berdepan dengan masalah LRT kerap rosak/lewat ini. Sampai di pejabat, terpaksa lah tulis sebab lewat : "LRT rosak". Terpulanglah kepada budi bicara boss untuk terima atau tidak alasan itu.
Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di Jepun jika tren nya mengalami kelewatan atau kerosakan?
Sumber : FB 9GAG |
Baca juga:
Hanya perlukan 7 hari untuk baiki lubang sedalam 30 meter di Jepun!
The Mainichi, suratkhabar yang bertukar jadi pokok!
Di Jepun, adalah jarang sekali tren nya akan sampai lewat. Tetapi apabila kelewatan tren berlaku, pihak pengurusan tren memandang nya sebagai perkara yang serius. Konduktor tren akan bertemu dengan setiap orang yang berada di dalam tren untuk memohon maaf atas kelewatan, bukannya sekadar memohon maaf melalui pengumuman di dalam tren!
Walaupun kelewatan yang berlaku hanya selama 5 minit, setiap seorang penumpang akan diberikan slip "Bukti Kelewatan" (Proof of Lateness), untuk diserahkan kepada boss di pejabat atau guru di sekolah untuk menunjukkan lewat sampai ke pejabat/sekolah bukanlah disebabkan kesilapan sendiri, seterusnya menyelamatkan orang yang lewat itu daripada terpaksa memberikan alasan!
Bangsa yang sangat kaya dengan budi bahasa!
Hebat kan? Saya tak pasti jika ini benar-benar berlaku di Jepun, tapi melihatkan budaya nya yang amat menghormati antara satu sama lain, memang tak hairan jika ia benar-benar berlaku.
Hanya berlaku di Jepun!
Selepas ke Osaka bulan April tahun lalu, tiba-tiba terasa nak ke Jepun pula sekali lagi.
Jom kita ke Jepun! ☺
0 comments: