Plaza Low Yat 2 akan dibuka 8 Disember ini
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Plaza Low Yat 2 akan dibuka pada 8 Disember ini , menurut Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Masih ingat lagi insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat pada Julai yang lepas? Sekumpulan remaja lelaki bergaduh dengan pekerja kedai telekomunikasi selepas seorang rakan mereka dituduh mencuri telefon bimbit. Kes ini masih dalam perbicaraan.
Ekoran daripada itu, menteri terbabit telah mencadangkan pembukaan Plaza Low Yat 2 untuk peniaga Melayu dan bumiputera. Sejak pengumuman itu, memang ramai yang tertunggu-tunggu bila Plaza Low Yat 2 akan dibuka. Plaza baru itu dijangkakan akan menjadi pusat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan barangan teknologi pada harga yang lebih rendah berbanding tempat lain (harap-harap betul la ya!).
"Sebanyak 36 premis menjual alat telekomunikasi yang dimiliki seratus peratus syarikat bumiputera telah disenarai pendek untuk memulakan perniagaan mereka" - laporan Bernama
Bagus juga ada alternatif lain selain Plaza Low Yat yang ada sekarang ini. Sejak insiden pergaduhan itu, saya risau juga kalau-kalau laptop saya buat hal, sebab memang selalunya saya akan hantar ke kedai di plaza itu untuk repair. Kalau ada masalah dengan tablet pun, mesti akan ke service center Samsung di tingkat 4 di Plaza Low Yat juga.
Nama baru dan logo pusat untuk Plaza Low Yat 2 akan diumumkan pada hari pembukaannya di Tingkat 3, Menara Mara nanti.
Dengan jangkaan pusat baru ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan, diharap segala aspek telah diambil kira termasuk lah pertimbangan mengenai tempat letak kereta yang mencukupi. Di Plaza Low Yat yang ada sekarang ini, awal-awal pagi lagi dah penuh tempat parking nya!
0 comments: