Masalah Anda Bisnes Saya!
Betul kata orang (maaf, saya lupa kata-kata siapa), yang mana untuk cari idea bisnes, cari lah idea yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai.
Contoh 1: Wanita berkerjaya, tiada masa untuk melipat kain baju di rumah.
Idea bisnes: Sekarang kan ada bisnes servis lipat kain yang mengambil upah lipat kain baju mengikut berat kain yang perlu dilipat.
Contoh 2: Tiada masa hantar / ambil barang di sesuatu tempat
Idea bisnes: Sekarang telah ada perkhidmatan ala runner yang mengambil upah menghantar barang dari sekecil-kecil barang hingga lah sebesar-besar barang (ada hadnya bagi runner yang guna motorsikal) . Contoh yang popular ialah servis Be Malas.
Selain daripada contoh masalah-bertukar-jadi-idea-bisnes di atas, bagi yang lebih berani dan sukakan cabaran, boleh jadikan contoh penganggur di Florida yang bertukar menjadi jutawan dengan hanya mengutip bola golf di bandar itu! Baca kisah selanjutnya di sini!
Hebat kan macam mana otak kurniaan Ilahi ini boleh berfikir di luar kotak macam tu. Selain jadi idea bisnes, secara tak langsung dapat menyelesaikan masalah orang lain.
Jom kita cari
0 comments: