Hello Soda - Ayaq Botoi - Achtung Coffee KL

Monday, November 16, 2015 Ana 4 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Jom kita cuba 3 jenama kreatif minuman segera yang diilhamkan oleh anak muda hari ini.


Ayaq Botoi

Siapa pernah terfikir nak buat jenama tempatan untuk air kopi yang dibotolkan? Mungkin ada tetapi saya yang tak perasan kan. Jenama tempatan 'Ayaq Botoi' memang suatu idea yang menarik dan segar. Kalau selama ini kita beli air kopi yang dibungkus dalam plastic dan diikat tepi atau diikat mati, kini Ayaq Botoi tampil dengan idea yang bersesuaian dengan zaman moden yang serba serbi nya hendak mudah dan pantas.


ayaq botoi
Sumber : MASSES

Menurut pengasasnya, Asyraf Suhaimi, jenama Ayaq Botoi ini timbul daripada ilham untuk memasarkan kopi Warung Tok Wan yang terkenal di Bagan Serai, Perak. Resepi kopi istimewa ini kemudiannya dipasarkan dengan lebih meluas sebagai minuman segera dalam botol. Kini penggemar kopi dan teh boleh menikmati Ayaq Botoi yang terdiri daripada 3 jenis minuman iaitu kopi O, kopi susu dan teh susu.

Jom follow Instagram @ayaqbotoi !



Achtung Coffee KL

Satu lagi jenama kreatif juga untuk produk kopi ialah Achtung Coffee KL. Jika resepi istimewa Ayaq Botoi datang dari Perak, kali ini resepi istimewa Achtung Coffee KL pula dibawa khas dari tempat asal pemilik jenama ini, Badrul Rashid, iaitu dari negeri Kedah.



achtung coffee kl
Sumber : FB Tempatan Fest


Achtung Coffee KL yang menggunakan biji kopi Robusta dalam ramuan istimewa itu, turut menyediakan biji kopi yang telah dikisar dan belum dikisar yang dibungkus dalam kemasan yang khas untuk pencinta kopi yang ingin menikmati kopi dengan cara mereka sendiri.

Jom follow Instagram @achtungcoffeekl untuk info-info menarik Achtung Coffee KL!




Hello Soda

Jika Ayaq Botoi dan Achtung Coffee KL menyediakan kopi dalam jenama yang baru dan kreatif, Hello Soda pula menawarkan kelainan dalam air soda yang dibotolkan dalam bekas kaca yang menggabungkan warna mengikut perisa air tersebut.

Penggemar soda boleh memilih daripada 7 perisa soda yang ditawarkan oleh Hello Soda, iaitu perisa  kola, strawberi, pisang, sarsi, mangga, anggur dan perisa asli.


hello soda
Sumber : FB MY HELLO SODA


Menariknya, menurut pengasasnya, Ruzita Sahid, botol Hello Soda ini dijual dalam botol yang berbentuk panjang dan runcing pada hari-hari biasa manakala untuk acara-acara tertentu, rekabentuk botol adalah mengikut jenis acara atau majlis yang diadakan.

Jom follow Instagram @myhellosoda !


Kreatif kan? Siapa sangkan, daripada benda/keperluan asas saja, iaitu minuman, boleh dijadikan sumber pendapatan dan buat duit dengan diolah idea kreatif untuk hasilkan sesuatu yang segar dan baru.

Apa lagi ek keperluan asas yang boleh dijenamakan dengan idea kreatif yang boleh memikat pelanggan?



Lazada Malaysia

4 comments:

  1. Replies
    1. Betul tu Eintan Nurfuzie...ramai yg ada idea-idea terlajak kreatif skrg ni!

      Delete
  2. Ada yang lagi rare, Kombucha Tea. kat Malaysia yang saya jumpa, KING Kombucha. jap. saya share link dia. Lokal jugak ni.
    https://www.instagram.com/kingkombucha/

    ReplyDelete
    Replies
    1. 👍 menarik gak king kombucha ni. Tq ya share kan link! ☺

      Delete