Buat bisnes macam biasa saja...
"Orang buat bisnes kena fikir secara kreatif."
Betul tu.
"Kalau tak kreatif, tak boleh buat bisnes ke?"
Tak juga, bisnes masih boleh berjalan walaupun kita tak berfikir secara kreatif. Cuma bila kita kreatif dalam berbisnes, bisnes kita akan lebih menonjol dan mendapat tempat di hati pelanggan dengan kelainan yang ditawarkan.
Satu contoh kreatif yang saya terbaca hari ini adalah daripada gambar yang dikongsi di FB Fizo Omar. Terlajak kreatif katanya!
Kreatif kan? Senang kalau ada orang tanya. "Beli barang ni kat mana?, Apa nama kedai tu?" " Ala, kat kedai Tepi 7E tu!"
Cara nak buat bisnes secara kreatif juga kita boleh belajar daripada kanak-kanak.
Biar betul? Belajar buat bisnes daripada kanak-kanak?
Ya, belajar daripada kanak-kanak. Minda kanak-kanak masih terbuka luas untuk sebarang idea-idea baru dan mereka tidak takut untuk mengekspresikan dalam bentuk tindakan atau kata-kata. Bagi kita yang telah dewasa, kadang-kadang tu idea kreatif muncul di kepala, tapi kita takut nak terjemahkan dalam bentuk tindakan. Macam-macam sangkaan akan muncul contohnya, "Boleh ke buat macam ni?", "Ada ke orang nak beli kalau jual macam ni?", "Ish, pelik sangat idea ni, nanti mesti tak laku barang ni!"
Contoh mudah, tengok saja watak Mail dalam siri animasi Upin dan Ipin. Segala macam benda boleh dijadikan nya bisnes. Dari menjual ayam goreng, rambutan, lampu suluh, baja kelawar hinggalah penutup botol pun boleh jadi idea bisnes nya! Mustahil tak nak jual penutup botol? Tak mustahil bagi orang yang kreatif berbisnes!
Sama juga dengan watak pelajar sekolah See Yew Soon dalam Oh My English. Daripada menjual sim card, kepada minuman kultur Vitagen hinggalah kepada wayar extension dan pita pelekat, semua benda boleh dijualnya!
Dan sebagai sambungan mengenai Sofea dari Buai Creative dalam entry semalam, jangan tak tahu ya, Sofea baru berusia 11 tahun. Dalam usia semuda ini dah bijak mengurus kan bisnes idea kreatif dengan menghasilkan fridge magnet, baby taggies, balang sedekah subuh dan banyak lagi.
Saya ada terbaca kata-kata seorang usahawan bisnes online yang menarik untuk kita fikirkan:
"Bila saya memikirkan mengenai keuntungan semata-mata ketika menghasilkan produk untuk dijual, selalunya saya akan mengalami kerugian"
"Tetapi apabila saya meletakkan keutamaan untuk membantu orang lain dengan produk yang saya hasilkan, keuntungannya sungguh tidak disangka-sangka!"
Jom kita mula kreatif berbisnes!
0 comments: