Curi permainan Lego di Hotel Legoland : Pertama kali berlaku!
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Pemandu lori ditangkap kerana curi permainan Lego bernilai RM22,575 di bilik pameran dalam Hotel Legoland.
Wah, pertama kali saya dengar orang curi permainan Lego! Er, lepas tu permainan Lego tu boleh dijual kepada orang awam ke? Atau ada pasaran gelap untuk menjual permainan Lego?
Mungkin saya yang tak tahu atau memang permainan Lego yang dicuri itu memang sangat bernilai dan ada permintaan yang tinggi di pasaran. Tapi kalau tengok permainan-permainan Lego yang dicuri tu bukan nya sedikit. Banyak dan besar-besar pula permainan nya. Macam mana lah agaknya pencuri tu boleh sumbat dalam beg besarnya semua permainan Lego yang dicuri tu?
Pemandu lori yang menginap di Hotel Legoland selama 1 malam dilaporkan mencuri permainan Lego tersebut selepas mendaftar keluar. Antara barangan yang dicuri ialah Lego Dragon, Lego Monkey, Lego Monkey Head, Throw Pillow Pirate dan Bed Runner King.
Sumber : Harian Metro |
Menurut pihak polis, kejadian mencuri permainan Lego ini adalah yang pertama kali berlaku di negara ini dan dipandang serius kerana boleh mencemarkan imej industry pelancongan.
Yang pastinya, langkah-langkah keselamatan perlu dipertingkatkan di Hotel Legoland tersebut untuk mengelakkan kes seumpamanya berulang lagi.
Saya nak tahu sangat motif pemandu lori mencuri permainan-permainan Lego tu. Adakah untuk dijual semula (agak susah kan kalau nak jual semula, mesti pihak hotel telah buat laporan polis dan barang curi akan dapat dikesan jika dijual semula kepada pihak lain) atau mungkinkah untuk koleksi barang simpanan sendiri?
Pemandu lori itu saja yang ada jawapannya!
0 comments: