Waspada dengan Love Scam @ Penipuan Cinta!

Saturday, November 28, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

L O V E  S C A M.

Apa itu Love Scam? Tak sama ya dengan Phone Scam dalam entry saya yang lepas.

Love Scam atau Penipuan Cinta secara ringkas nya adalah:

Penipuan licik yang melibatkan cinta palsu terhadap mangsa dengan cara meraih cinta si mangsa dan memanipulasikan cinta si mangsa untuk melakukan penipuan. Bentuk-bentuk penipuan dalam Love Scam mungkin melibatkan akses kepada wang simpanan mangsa, akaun bank, kad kredit, akaun email, kad pengenalan dan lain-lain lagi. Penjenayah Love Scam juga kadang kala menggunakan mangsa untuk melakukan penipuan bagi pihak mereka.
penipuan cinta


Antara contoh-contoh Love Scam adalah:

1. Suspek akan menggunakan profil palsu dengan gambar curi individu yang berpersonaliti menarik untuk mengumpan mangsa. Setelah bertukar-tukar email dan berhubungan melalui telefon untuk suatu jangka masa tertentu, suspek akan mula meminta pertolongan dari segi kewangan dengan alasan menampung perbelanjaan untuk melawat mangsa di negaranya. Mangsa yang telah jatuh cinta akan melakukan seperti yang diminta tanpa menyedari mereka telah ditipu.

2. Suspek akan membuat cerita sedih untuk meraih simpati si mangsa, seperti cerita suspek memerlukan wang untuk bil hospital atau rawatan perubatan kecemasan ibu bapanya.

3. Suspek mengatakan bahawa mereka mempunyai jongkong emas atau barang berharga yang telah dirampas oleh pihak kastam dan memerlukan wang untuk membayar cukai untuk mendapatkan semula barang tersebut.

Suspek Love Scam selalunya takut untuk membuat laporan polis kerana mungkin telah diugut oleh suspek untuk menyebarkan gambar mangsa atau sesuatu yang sulit untuk dipertontonkan kepada orang ramai dengan niat untuk memalukan mangsa.


Mangsa penipuan Love Scam yang terbesar di negara ini ialah seorang jurusolek dari Hong Kong.yang kerugian kira-kira RM1.3 juta apabila ditipu sindiket Love Scam yang didalangi oleh warga Afrika. 'Hebatnya' kuasa cinta kan!

Kebanyakan mangsa adalah wanita , namun golongan lelaki juga tidak terkecuali menjadi mangsa Love Scam ini.

Berwaspada lah supaya anda tidak terjebak dengan Love Scam.

Kalau dapat email cinta yang lain macam saja bunyi nya daripada orang yang tidak dikenali (terutama dari luar negara),  jangan dilayan dan buang saja dari inbox anda!




0 comments: