Ini sekolah di Malaysia kah?

Wednesday, November 04, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kita cerita pasal melamar hari ini.

Melamar bukan perkara yang pelik atau luar biasa. Ia cuma akan jadi luar biasa ialah dalam situasi ini:

Di sebuah kawasan lapang yang kelihatan seperti kawasan padang di sekolah, seorang pelajar lelaki memegang sekotak  hadiah melamar seorang pelajar perempuan. Pelajar perempuan dilihat berlari ke arah pelajar lelaki tersebut. Sekumpulan pelajar lain yang meyaksikan peristiwa itu menjerit meminta pelajar perempuan itu menc*** pelajar lelaki berkenaan.

Macam tak percaya melihat pelajar lelaki melamar pelajar perempuan di sekolah.

Macam tak percaya melihat pelajar perempuan itu berlari-lari ke arah pelajar lelaki berkenaan.

Macam tak percaya ada pula pelajar-pelajar lain yang melihat dan menyuruh pelajar perempuan itu buat sesuatu yang tak sepatutnya.

Macam tak percaya ini semua berlaku di sebuah sekolah di Malaysia!


sekolah tempat menimba ilmu
Gambar tiada kaitan dengan insiden.

Selama ini memang telah banyak isu keruntuhan moral di kalangan remaja dan pelajar sekolah. Kebanyakannya dilaporkan berlaku di luar kawasan sekolah (walaupun tak dinafikan ada juga yang berlaku di dalam sekolah itu sendiri). Lain kes nya dengan insiden ini. Siap dirakam dan diviralkan lagi.

Tolong jangan kata yang pelajar-pelajar dalam video itu adalah pelajar-pelajar tingkatan lima. Harap-harap bukan.

Entah lah. Tak tahu nak kata apa.

0 comments: