Siapa Simpan Cash Berjumlah 7 Angka?

Friday, November 06, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Saya terbaca artikel menarik di OhBulan.com kejap tadi:





Mesti ramai yang tak sangka ia hanyalah sebuah eksperimen untuk melihat apa respons orang ramai apabila membaca status yang sebegini di FB.

"Subhanallah. 559 komen ‘Nak tahu’ dan nak hadiri seminar PERCUMA Saya tidak sampai 20 minit. Hanya Allah sahaja tahu kesedihan hati saya melihat kepercayaan yang orang Ramai berikan pada saya walaupon Semua pernyataan saya hanya dusta semata-mata."
"Lebih 6000 likes, lebih 3100 komen dan 275 shares."
Walaupun si penulis yang buat eksperimen ini, saudara Khairul Ezwan telah menjelaskan yang status nya hanyalah sebuah eksperimen, masih ramai lagi yang bertanya ingin tahu 'rahsia' status harta yang banyak itu!

Apa agaknya gambaran yang kita dapat daripada eksperimen ini ya?

1. Begitu ramai kah orang yang berada dalam kesempitan wang sehingga apa sahaja yang berkaitan dengan cara mudah dapatkan wang akan dengan pantasnya mendapat respons daripada golongan yang begini.

2. Tidak  ramai yang mempunyai kesedaran untuk berfikir logiknya di sebalik status 'tunjuk harta' itu. Adakah logik orang yang kaya akan menunjuk-nunjuk kan jumlah kekayaan nya sebegitu?

3. Mungkin ramai yang kata mereka sekadar  'nak tahu cara nak kaya' untuk dijadikan contoh ikutan. Tidak salah perasaan ingin tahu itu. Cuma berhati-hatilah jangan sampai terjebak dengan skim-skim yang sememangnya bertujuan untuk menipu wang anda.

Memetik kata-kata usahawan muda Fizo Omar semasa mengacarakan rancangan Nasi Lemak Kopi O,

"Jika anda ditawarkan dengan jalan yang sangat mudah untuk menjana pendapatan, berhati-hatilah, kerana pasti ada sesuatu yang tidak kena di sebaliknya"


Berhati-hati ya, jangan sampai terperangkap!



0 comments: