Jom jalan-jalan cuti sekolah!

Friday, November 20, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

jalan-jalan cuti sekolah

Hari ini last day sekolah, yahoo!

Seronoknya anak-anak yang akan memulakan cuti persekolahan bermula 21/11/15 sehingga 04/01/16 nanti. Cuti sekolah 45 hari tu, siapa tak seronok kan??

Ke mana agaknya cuti-cuti 45 hari tu?

Tak perlu pergi jauh ke luar negara sebab dalam negara kita pun banyak tempat-tempat menarik yang tidak kurang hebatnya. Lagipun, 'Dekat Je'! Sedikit kelainan jika selama ini anda selalu bercuti ke taman tema, bercuti sambil membeli belah atau kawasan peranginan tanah tinggi, apa kata kali ini berubah angin ke tempat menarik dalam negara, yang sesuai untuk cuti-cuti Malaysia bagi pencinta alam semulajadi dan tempat yang tenang.



1. The Shorea, Negeri Sembilan


tempat bercuti di malaysia
Web : The Shorea



Unik tak nama tempat ni? Ingatkan kat luar negara kan? Sesuai lah dengan tempatnya yang unik juga.Nama Shorea itu sendiri berkaitan dengan pokok-pokok yang hidup di hutan hujan seperti keruing, cengal dan lain-lain lagi. Terletak berdekatan dengan Hutan Simpan Berembun, The Shorea menyediakan beberapa pilihan villa untuk tempahan. Sekali-sekala cuti sekolah bawa anak-anak menikmati alam semulajadi. Kalau tiada coverage di tempat ini, boleh lah anak-anak tinggalkan sekejap gajet dan telefon pintar. Err, boleh ke?



2. Limastiga, Melaka



tempat bercuti di malaysia
Web: Limastiga

Limastiga , terletak di salah sebuah kampong di Umbai (ikan bakar, yummy!), Melaka menggabungkan konsep moden dan kampong, menghasilkan 3 buah rumah dengan 6 bilik keluarga yang luas, berlatarbelakangkan alam semulajadi yang indah.
Hanya 15 minit perjalanan dari Banda Hilir Melaka, Limastiga menawarkan pakej dengan harga yang menarik bagi anda yang bercadang bercuti-cuti Malaysia secara beramai-ramai. Tempat nya eksklusif, sesuai juga kalau nak buat family gathering , bawa adik beradik dan anak-anak saudara, pasti meriah cuti sekolah kali ini!



3. Time Capsule Retreat, Pahang


tempat bercuti di malaysia
FB : timecapsuleretreat


Inginkan kelainan tempat penginapan semasa bercuti? Kalau anda dah bosan dengan bilik mewah dan konvensional tempat bercuti, boleh lah cuba bercuti di Time Capsule Retreat, Pahang ini. Bilik penginapan di Time Capsule Retreat adalah diubahsuai daripada pembentung, ala-ala time capsule. Jangan pandang sebelah mata ya, dan terus anggap bilik ini sempit dan tidak selesa. Jika anda  tengok komen di FB Time Capsule Retreat, ada yang komen bilik pembentung ini sangat selesa sampai terasa nak duduk saja di bilik , tak mahu ke mana-mana! Tamat cuti sekolah nanti, pasti anak-anak seronok tak sabar nak cerita kat kawan-kawan pasal keunikan tinggal dalam bilik pembentung ini!


Selamat cuti sekolah dan cuti-cuti Malaysia!

#cutisekolah



0 comments: