Auntie Anne's dan Pretzel nya....

Friday, October 21, 2016 Ana 0 Comments


Auntie Anne's dan Pretzel nya....


Assalamualaikum & salam sejahtera....


QA Executive merangkap Halal Executive Auntie Anne's Malaysia sendiri dah terangkan 3 isu kenapa permohonan halal Auntie Anne's ditolak JAKIM. Dan dah viral dan tersebar luas dah penjelasannya itu di media sosial. Malangnya, ramai yang lebih suka nak gembar-gemburkan, viralkan dan buat lawak dengan mengatakan punca permohonan halal ditolak oleh JAKIM ialah disebabkan isu nama salah satu menu Auntie Anne's iaitu Pretzel Dog.

Mungkin sebab isu nama menu ini lebih jelas dan mudah difahami berbanding isu pertama berkaitan sijil halal bagi Central Kitchen dan isu kedua berkaitan sijil halal bagi 45 outlet Auntie Anne's.

Bila timbul isu ini, soalan pertama yang terlintas di fikiran saya ialah :
"Auntie Anne's sebelum ni pernah ada sijil halal lepas tu ditarik balik ke?"

Auntie Anne's dan pretzel dog


Daripada hasil google an, Auntie Anne's ini telah membuka outlet nya yang pertama di One Utama Selangor pada tahun 1996, diikuti dengan outlet kedua di Ipoh pada tahun 1997. Jadi secara kiraannya, dah 20 tahun Auntie Anne's bertapak di Malaysia. Secara pemikiran mudah saya, setelah dua dekad di Malaysia dan sehingga hari ini telah ada 45 outlet, mesti lah Auntie Anne's dah ada sijil halal kan?  Kemudiannya sijil itu ditarik balik atas sebab-sebab tertentu kot?  Tapi, saya silap.

Untuk makluman pengguna, sehingga ke hari ini, belum ada lagi outlet Auntie Anne's yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Pihak syarikat pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia sebelum ini namun ianya tidak dapat diproses atas beberapa isu teknikal seperti dokumen sokongan bahan ramuan.

Namun selepas beberapa penambahbaikan dilakukan, kini status produk makanan Auntie Anne's adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan telah memasuki fasa proses audit halal bagi Central Kitchen (Dapur Berpusat).
(sumber: FB Bahagian Halal Hab JAKIM)

Oh,  Auntie Anne's belum pernah ada sijil halal rupa-rupanya. Tapi usaha Auntie Anne's yang telah membuat beberapa penambahbaikan mengikut garis panduan JAKIM untuk mendapatkan sijil halal harus dipuji.

Saya tak pernah cuba menu Auntie Anne's. Tapi saya tahu ramai Auntie Anne's ini ramai penggemarnya sebab setiap kali saya lalu di kiosk Auntie Anne's di KLCC (yang dekat dengan eskalator itu) mesti ramai yang beratur untuk membeli.


Mengenai isu nama menu Pretzel Dog, ada ramai juga yang pertikaikan kenapa tidak sesuai dan perlu ditukar. Hingga terkait pula kepada nama-nama menu lain yang kurang sesuai seperti tahi itik, badak berendam, hot dog , root beer dan sebagainya. Sehingga ada komen dari netizen yang katakan "Pretzel Dog tu sekadar nama dan tak payah lah ditukar, nampak sangat lemah iman kita ni!". Bagi saya, saranan JAKIM untuk tukar kepada nama menu yang lebih baik ini bukan soal lemah atau kuat iman. Penjelasan terbaik berkaitan isu nama menu yang kurang sesuai ini adalah daripada Ustaz Dato' Dr Mohd Izhar Ariff yang anda boleh baca di sini.

Auntie Anne's secara tak langsung mendapat promosi percuma dengan viral nya isu sijil halal dan Pretzel Dog ini. Tak mustahil menu Pretzel Dog menduduki tempat teratas dalam senarai carta menu paling hangat untuk bulan ini!



0 comments: