Takkanlah bapa saudara sampai hati buat begitu.....

Wednesday, October 19, 2016 Ana 0 Comments


Takkanlah bapa saudara sampai hati buat begitu.....


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Siapa yang boleh lupa dengan peristiwa 3 beranak maut dalam kemalangan di lebuhraya DUKE pada 2 Mei 2015 yang lalu? Secara peribadi saya memang masih ingat hingga kini. Macam mana nak lupa kan rakaman video tunjukkan beberapa buah kereta Myvi yang nampak seperti berlumba dan disyaki sebagai penyebab kemalangan maut itu? Macam mana nak lupakan wajah-wajah sayu adik Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqilah yang sekelip mata jadi yatim piatu?

Dan yang paling tak boleh saya lupa dan 'terharu' (pada masa itu lah) ialah bila bapa saudara anak -anak ini (adik lelaki kepada arwah bapa anak-anak ini yang ketika itu masih bertunang dan belum berkahwin) menyatakan kesudian untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga anak-anak yang hilang tempat bergantung ini.

wang sumbangan mangsa kemalangan myvi
Sumber : siakapkeli.my


Tapi, berita ini jika benar bagai dikata, sangat-sangatlah mengejutkan.

Ibu saudara dua kanak-kanak itu, Yusnidah Hussain dilaporkan berkata daripada sumbangan berjumlah RM300,000 yang diterima daripada orang ramai, hanya RM12,000 diterima anak-anak mangsa.

Dalam satu sidang media, Yusnidah mendakwa, kesemua wang dimasukkan ke akaun dua adiknya, dan mereka menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan untuk tidak menyerahkan wang itu kepada Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqilah, 5.
(sumber : astroawani.com) 

Jika diikutkan, masalah ini adalah masalah keluarga. Boleh diselesaikan secara baik dalam keluarga itu sendiri. Tapi hari ini masalah keluarga ini sudah diketahui ramai, sampai dikaitkan sekali dengan Mufti Wilayah Persekutuan. Mungkin dah tiada jalan lain agaknya selain membawa masalah ini ke pengetahuan orang ramai. Mungkin ini satu-satunya jalan akhir yang dapat mengembalikan hak anak-anak yatim piatu ini. Mungkin.

Takkan bapa saudara sanggup makan harta anak-anak saudara nya sendiri? Takkanlah gelap mata si bapa saudara sampai pecah amanah wang hasil sumbangan orang ramai yang simpati dengan nasib anak-anak ini? Takkan lah?

Pada masa yang sama, saya juga tak dapat nak fikirkan sebab yang paling logik kenapa ibu saudara anak-anak ini nak timbulkan isu jika tiada sebarang masalah sebenarnya dengan wang sumbangan itu. Mesti si ibu saudara dah fikir panjang sebelum bawa isu ini ke pengetahuan umum kan? Sebab apa-apa pun kesudahannya akhirnya melibatkan adik-beradiknya sendiri dan maruah keluarga.

Doa banyak-banyak yang berita ini tak benar. Doa banyak-banyak yang ini hanya salah faham antara adik beradik. Doa banyak-banyak mungkin si bapa saudara ada simpan wang sumbangan itu dalam akaun lain yang tak diketahui oleh kakaknya, atas sebab-sebab tertentu. Doa banyak-banyak. Doa banyak-banyak.

Tak sanggup nak baca laporan andai benar si bapa saudara pecah amanah. Tak sanggup nak dengar /baca andai pengakuan ini keluar dari mulut si bapa saudara itu sendiri:

"Ya. Memang saya dah gunakan wang hasil sumbangan orang ramai untuk anak-anak arwah. Saya minta maaf"

Tak sanggup.

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). [An-Nisa:10]



 

0 comments: