Hijrah lah walau pun tak mudah...
Hijrah lah walau pun tak mudah....
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hijrah memang tak mudah.
Hijrah dari bekerja makan gaji kepada kerja yang tak menentu gajinya.
Hijrah dari selesa duduk di kerusi empuk pejabat kepada kelam kabut bergegas ke sana sini mencari rezeki.
Hijrah dari rasa 'selamat' setiap hujung bulan ada gaji yang masuk kepada rasa 'cukup ke tak' duit untuk bayar pinjaman, bil dan belanja untuk bulan ini.
Hijrah dari rasa mudahnya nak keluarkan wang RM100 dari dompet untuk belanja di pasaraya kepada rasa berdikit-dikit dan berjimat (malah kadang-kadang berkira!) nak beli barang untuk keperluan diri.
Hijrah dari pinjaman perumahan konvensional kepada pinjaman perumahan islamik yang buatkan saya perlu ulang alik, pergi balik 'melawat' pihak bank dan peguam untuk selesaikan pelbagai urusan refinancing.
Hijrah dari di 'kagumi / dihormati' sebab kerja di bank (bukan saya yang cakap, tapi statement kebanyakan orang yang saya temui akan kata 'Oh, kerja bank, banker, mesti loaded ni') kepada dipandang sebelah mata bila disoal dengan pertanyaan 'Eh, dah berhenti kerja dah? Boleh hidup ke ni?' dan dipandang dengan pandangan yang tak berapa nak seronok rasanya.
Berhijrah atau berubah memang tak mudah. Tapi itu lah langkah yang saya ambil bila mana hidup terasa sangat mendesak untuk berubah, Pada satu ketika terasa tepu dan leka dengan keadaan selesa tapi pada masa yang lain terasa banyak perkara lain yang terabai dek kerana ingin kekal dalam keadaan selesa.
Hijrah lah walau pun tak mudah....
0 comments: