Kes rasuah RM114.5 juta: Duit berjuta-juta simpan dalam almari di rumah je....
Kes rasuah RM114.5 juta: Duit berjuta-juta simpan dalam almari di rumah je....
Assalamualaikum & salam sejahtera......
"Sejak penubuhan badan pencegahan rasuah 49 tahun yang lalu, kita tak pernah menyita wang tunai sebanyak ini daripada individu, khususnya penjawat awam" - Sumber : Astroawani.com
Kes terbesar SPRM hari ini melibatkan rampasan RM114,5 juta di Kota Kinabalu daripada 2 pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang didakwa menyalahgunakan kuasa. Seramai 30 anggota SPRM mengambil masa 15 jam untuk mengira RM52 juta wang rampasan hasil aktiviti gelap tersebut. Tak dapat nak bayangkan macam mana anggota SPRM kira wang sebanyak itu. Guna cara manual saja atau kira dengan mesin kira wang yang ada di bank itu agaknya.
Antara yang dirampas ialah:
- RM75 juta wang tunai dirampas daripada pejabat, rumah dan akaun bank.
- 127 geran tanah
- 9 kenderaan mewah
- 94 beg tangan berjenama mewah
- jam tangan mewah pelbagai jenama
- barang kemas
- RM37 juta disita daripada akaun sebuah syarikat
- RM2.5 juta dirampas daripada peti simpanan
Sumber : Astroawani,com |
Kes penyalahgunaan kuasa ini bukan saja melibatkan 2 pegawai kanan agensi berkenaan, tetapi dah merebak dan melibatkan ahli keluarga mereka yang turut tumpang sekaki menikmati wang haram yang dikatakan bermula sejak tahun 2010 lagi. Kedua-dua pegawai yang memegang jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah itu terbabit mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih 3.3 billion. Dan projek-projek ini telah diserahkan kepada adik-beradik, saudara-mara mereka sendiri. Bagus lah. Salah guna kuasa beramai-ramai. Salah guna kuasa secara 'berjemaah'.
Jumlah yang dah diketahui setakat ini ialah RM114.5 juta. Tak mustahil boleh capai angka yang lebih besar setelah lebih banyak pembongkaran dan tangkapan dibuat nanti. Dilaporkan ada 5 lagi peti besi akan dibuka dalam masa terdekat dan wang juga dipercayai disimpan dalam bank di luar negara.
Wang memang boleh buat orang jadi gelap mata, Gelap mata sampai dah tak takut untuk gelapkan duit yang diamanahkan. Gelap mata sampai dah tak kira hukum agama. Gelap mata sampai dah tak nampak apa kesan pada orang lain akibat sikap tamak mereka. Gelap mata sampai jadi tamak haloba hingga duit berjuta-juta yang digelapkan pun dah tak tahu nak simpan di mana dan sumbat dalam almari di rumah dan dalam kenderaan saja. Manusia yang normal pun selalunya risau nak simpan duit beribu-ribu (yang diperoleh secara halal) di rumah, ini kan pula duit puluhan juta hasil aktiviti haram. 'Hebat' sungguh 2 individu ini. Rilek saja simpan wang juta-juta dalam almari di rumah. Malang sungguh bila salah guna kuasa 2 pegawai berkenaan turut 'mendapat sokongan' daripada ahli keluarga dan saudara-mara yang bukan saja tak menegur atau menghalang, tapi turut sama 'menikmati' kemewahan melalui jalan pintas ini.
Sumber : mynewshub.cc |
"Perbuatan yang salah atau rasa berdosa itu ialah sesuatu yang menyebabkan kamu berasa tidak sedap hati dan tidak mahu orang lain tahu mengenainya."
Mungkin 'alah bisa tegal biasa' lakukan salah guna kuasa dan perbuatan rasuah hingga tiada langsung perasaan bersalah timbul dalam diri?
Mungkin.
Saya terbaca komen netizen yang komen kenapa wajah 2 individu ini disorok sebalik jaket. Sedangkan ibu tunggal yang ditangkap kerana curi susu di pasaraya untuk anak dibiarkan saja wajahnya dirakamkan kamera.
Di situ lah letak perbezaannya.
Si ibu tunggal yang tidak mampu beli susu lalu sanggup mencuri di pasaraya demi anak yang kehausan di rumah. Jadi si ibu pun tidak kisah, Rakam saja lah wajahnya itu. Apa yang ada di fikirannya dan dirisaukan hanya lah anak nya.Tindakan si ibu ialah tindakan terdesak namun mencuri bukan kerana nafsu tamak atau untuk kepentingan sendiri.
Si pengarah dan timbalan pengarah 'mencuri' wang orang lain melalui rasuah dan salah guna, atas alasan apa? Terdesak? Jadi setelah bertahun-tahun hilang perasaan malu bila buat perkara yang haram itu, akhirnya tahu juga 2 insan ini rasa malu bila wajah mereka dirakamkan. Tiada guna nya lagi rasa malu itu, Dah terlambat!
Baca juga:
Kes rasuah RM114,5 juta: Tiada sebarang arahan berpindah atau digantung tugas?
Buat perasuah-perasuah yang masih bebas berkeliaran di luar sana, tunggu dan lihat saja lah. Masa untuk anda 'dikunjungi' pegawai SPRM akan tiba juga nanti!
0 comments: