Deepavali dan I Am Muniandy
Deepavali dan I Am Muniandy
Assalamualaikum & salam sejahtera....
I Am Muniandy. Iklan Petronas (tonton di sini) sempena Deepavali yang disambut kaum India hari ini.
Objektif dan mesej utama iklan ini ialah jangan mudah menilai manusia hanya daripada luaran, Apa yang kita nampak di luar belum tentu itu lah yang mencerminkan diri sebenar seseorang.
Ok, dah bagus dah mesej yang nak disampaikan itu. Cuma iklannya nampak bersungguh-sungguh benar nak buat penonton salah anggap dengan individu-individu dalam iklan itu. Iklan ini nampak sangat terlalu mencuba.
Babak beli peralatan di kedai hardware itu nampak terlalu beria-ia bagi seseorang yang nak beli alat untuk baiki pagar di rumah jagaan orang tua. Siap dengan gaya dan memek muka yang memang tak dapat nak dipersalahkan kalau ada orang yang salah faham dan sangka bukan-bukan. Tambah pula dengan babak pakai bandana tutup muka dan masuk senyap-senyap macam nak buat 'sesuatu' yang kurang baik lagaknya. Dalam suasana masyarakat hari ini yang macam-macam kes jenayah dilaporkan saban hari, memang tak dapat nak elak kalau ada persepsi negatif bila terserempak dengan orang yang bertingkahlaku yang macam itu.
Tapi apa-apa pun, mesej yang disampaikan adalah jelas. Menilai orang lain hanya berdasarkan rupa dan penampilan luaran boleh merenggangkan hubungan sesama anggota masyarakat. Mungkin boleh kalau kita nak menilai tapi jangan terlalu yakin dengan persepsi buruk kita itu selagi kita tak kenal dan tahu perkara yang sebenar (boleh ke macam ini?). Mungkin si A nampak berpakaian kusam dan kerjanya kumpul tin-tin kosong dan barangan terbuang dari tong sampah, tapi mana lah tahu sebenarnya dia ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan itu cuma kerja 'sampingannya' saja? Mungkin sengaja nak alami sendiri bagaimana kehidupan pengumpul barang terbuang(ok, mungkin agak kurang logik contoh saya ini kan). Mungkin si B nampak kemas bergaya, berkot, bertali leher dan lagaknya seperti seorang usahawan kaya dan berjaya tapi realitinya ialah seorang penipu yang jalankan skim piramid yang haram dan salah di sisi undang-undang?
Iklan 'I Am Muniandy' ini masih tak boleh 'lawan' iklan 'Deepavali Boys' atau 'Boys In Da Hood' (tonton di sini) oleh Petronas, arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad pada tahun 2003 (kalau saya tak silap). Selamba seorang nenek yang 'menyekolahkan' cucu dan kawan cucunya yang terikut-ikut gaya barat dan lupa jati diri mereka.
Grandma!
Muniandy! Muniandy Chinnadorai! What aren't you answering?
Who's this?
My friend.
What's your name?
Sam.
What Sam? Don't you have a proper name?
Muthusamy.
Huh?
My name is Muthusamy Karupiah!
:D
Selamat Menyambut Hari Deepavali!
0 comments: