Masalah gangguan siaran Astro : Dulu, kini dan selamanya...

Tuesday, October 04, 2016 Ana 0 Comments




Masalah gangguan siaran Astro : Dulu, kini dan selamanya...


Saya dah bertukar kepada Astro B.yond.

Setelah sekian lama saya berusaha bersungguh-sungguh 'mempertahankan pendirian' tak-nak-tukar-decoder-sebab-saya-yakin-decoder-saya-tak-ada-masalah-sebab-bukan-semua-channel-terganggu-siarannya, akhirnya saya terpaksa juga tukar decoder Astro saya kepada Astro B.yond.

terpaksa tukar kepada astro b.yond

Ini semua gara-gara gangguan siaran Astro semakin menjadi-jadi teruknya seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha yang lepas. Masa tak ada hujan, tak ada guruh dan cuaca terang benderang pun siaran boleh terganggu. Terganggu sekejap (sekejap itu pun dalam 3-4 jam!) itu masih boleh lah sabar lagi. Tapi bila ada hari-hari di mana bermula pukul 10 pagi lagi sampai ke malam yang saya dapat bila on tv ialah skrin tv yang hitam dengan 'Service currently not available', rasanya memang sudah terlebih menguji kesabaran. Sampai semua channel dapat mesej yang sama dan kadang-kadang daripada channel Movies, Learning, Kids, Variety yang ada, saya hanya dapat tonton satu channel saja iaitu Astro Prima.

Baca juga:
Astro Oh Astro!

Siaran Astro terganggu dengan teruknya macam itu memang dah sangat menguji kesabaran. Tapi rupa-rupanya proses nak tukar kepada Astro B.yond pun tak kurang juga menguji kesabaran.

Bermula dengan panggilan ke Astro pada 5/9, appointment ditetapkan untuk technician datang ke rumah pada 8/9.  Ok, yang ini tak ada masalah. Technician datang pada 8/9 tapi awal sejam, iaitu pukul 2 petang. Bila technician ini sampai, soalan pertama saya ialah 'You akan panjat bumbung tukar piring (dish) kan? Tak berjawab pun soalan saya itu. Technician ini tak mesra alam sikit, buat kerja pun agak tergesa-gesa. Dan yang paling musykil bila technician ini bawa decoder dan remote baru saja. Eh, tak payah tukar piring baru ke?

"Tak ada, tak ada. Astro tak bagi pun piring. Astro bagi decoder dan remote saja suruh tukar"

Tak sampai setengah jam, technician itu pun balik. Saya minta resit katanya resit tak ada, kena minta dengan Astro. Pelik betul technician ini. Duit dah bayar tapi resit tak ada. Sebelum technician itu balik memang saya check satu persatu  channel untuk pastikan semu channel ok dan tiada masalah. Dan memang tak ada masalah, semua channel ok.

Tapi dalam hati memang rasa tak sedap hati. "Betul ke tak perlu tukar piring baru?"

Disebabkan tak puas hati, saya pun call Astro. Macam biasa, lepas dengar macam-macam pesanan dan promosi baru dapat bercakap dengan staf yang bertugas. Dari sini bermula lah 'pengembaraan' saya dengan pelbagai jawapan daripada call center Astro itu sendiri.

8/9/16 , jam 5 petang:
Bercakap dengan Staf A. Staf A ini kata sepatutnya kena tukar piring sekali, tukar satu set. Kata Staf A, nanti Astro akan call saya semula untuk confirm kan.

8/9/16 , jam 5:10 petang:
Call semula Astro sebab ada benda nak tanya mengenai decoder baru, Bercakap dengan Staf B. Sambil tanya pasal decoder, saya ulang tanya pasal piring itu. Staf B kata Astro akan call saya semula dalam masa 48 jam mengenai piring itu.

Hmm...susah sangat ya nak check dan confirm kan samada saya patut  dapat piring Astro yang baru atau tidak?

8/9/16 , jam 8:22 malam:
Terima panggilan dari Astro. Terkejut juga, dalam hati kata bagusnya Astro ni, janji akan call dalam 48 jam, tapi belum sampai 24 jam pun dah call saya semula. Tapi nasib baik saya puji dalam hati saja sebab Staf C yang call itu cuma call untuk bagitahu yang dia akan check samada perlu tukar piring atau tidak, dan jika perlu akan di arrange kan tarikhnya. Hmmm...


9/9/16 , jam 2:54 petang:
Belum sampai 24 jam tukar kepada decoder baru, masalah gangguan siaran Astro dah berulang semula. Ok, ini memang boleh mendatangkan marah. Pertamanya sebab baru saja tukar dah problem balik. Keduanya, lama betul Astro ini nak confirmkan pasal piring baru itu.

Call Astro dan bercakap dengan Staf D. Staf ini agak 'bersemangat'. Katanya, "Eh, patutnya tukar satu set tu Cik. Ini mesti technician itu dah ambil piring Cik. Ini saya kena buat aduan ini. Ada masalah dengan technician ni. Resit pun dia tak bagi Cik kan? Dia dah tipu Cik ni!"

Satf D ini berikan nombor aduan untuk rujukan saya. Soalan saya yang saya nak tahu sangat ialah kenapa sampai saya call dari Staf A hingga ke Staf D baru betul-betul ada maklumat yang pasti? Adakah Staf A, Staf B, Staf C dan Staf D ini hadiri training atau latihan yang berbeza-beza dan ada maklumat yang berbeza-beza? Kenapa Staf D tahu dengan yakinnya yang situasi saya tak dapat piring itu adalah satu masalah? Kenapa Staf A, Staf B dan Staf C perlu ambil masa untuk tahu benda ini?

Di hujung talian dengan Staf D, saya diberitahu akan dihubungi semula oleh Astro untuk pemasangan piring yang baru. Dan akan diberitahu samada technician yang sama atau dihantar technician yang lain.

Lepas saja call Astro, saya pun call semula technician semalam itu. Saya cakap terus terang "Saya sudah call Astro dan Astro bagitahu u kena tukar piring sekali. Astro kata u sudah ambil saya punya piring. Dan resit pun Astro kata u should provide"

Diam saja technician itu. Lama baru dia kata dia akan call Astro untuk confirmkan piring dan akan call saya semula. 15 minit kemudian baru lah akhirnya si technician ini call dan bagitahu saya dia akan datang tukar piring yang baru.

Tak habis di situ, semasa technician yang sama datang untuk pemasangan pada 12/9 pun ada masalah juga. Technician ini masuk ke dalam rumah terus naik ke tingkat atas dan dengan selamba nya masuk satu persatu bilik di tingkat atas. Tanpa minta atau tunggu kebenaran saya. Dan bila tak jumpa jalan untuk naik ke bumbung melalui bilik, si technician ini keluar ke balkoni di bilik depan.

Diletakkannya tangga lipat yang berat itu di atas railing di balkoni, Memang depan mata saya sendiri saya nampak railing itu bengkok disebabkan tangga berat tersebut. Tapi si technician ini memang tak mengaku lah dia yang sebabkan railing itu bengkok.  Katanya memang railing itu dah siap bengkok masa sebelum dia letak tangga itu. Saya malas nak bertekak. Saya cuma nak piring diganti sebelum apa benda lagi bengkok dibuat si technician.

Sampai sekarang, setiap kali nampak railing yang bengkok itu, memang tersangat lah sakit hati dibuatnya...

Secara rasminya saya dah tukar kepada decoder Astro B.yond pada 12/9. Saya tunggu saja dulu dan tengok kalau-kalau ada masalah baru dengan decoder baru sebelum ceritakan pengalaman proses penukaran ke Astro B.yond yang tak berapa menyeronokkan ini.

Kalau anda juga ada masalah siaran Astro terganggu dengan teruknya macam saya, mungkin dah tiba masanya anda juga bertukar kepada Astro B.yond. Pastikan anda dapat satu set yang baru (decoder, piring dan remote) semasa hari pemasangan di rumah anda. Dan semoga anda bertuah dan tak dapat technician yang sama datang ke rumah saya!






0 comments: