Kolesterol tinggi walaupun dah kawal makan?
Kolesterol tinggi walaupun dah kawal makan?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Sarapan makan nasi lemak sambal sotong, tengahari makan gulai ayam dan malam makan pizza hawaian chicken. Bukan setiap hari makan macam ini, cuma mungkin sekali atau dua kali dalam sebulan.
Lepas itu hujung bulan pergi jumpa doktor buat ujian darah. Bila dapat result, doktor kata kandungan kolesterol dalam darah tinggi. Anda pun pelik. Ada rasa anda seorang yang sangat menjaga pemakanan. Baru 5 bulan lepas buat ujian darah yang sama dan bacaan kolesterol anda adalah rendah. Anda juga makan dalam kadar yang sederhana, Memang ada makan makanan yang berlemak, bersantan dan berminyak tapi dalam kadar sederhana dan terkawal. Adakah disebabkan satu hari anda makan seperti di atas (nasi lemak, gulai dan pizza) maka kadar kolestreol anda naik mendadak?
Dua hari yang lalu saya temankan emak ambil result ujian darah di klinik. Hasil ujian tunjukkan yang kadar kolesterol dalam darah adalah tinggi. Sebelum ini bacaan adalah cantik (kadar kolesterol rendah) mungkin disebabkan emak makan ubat kawal kolesterol. Bacaan yang bagus ialah kurang daripada 5.2 tapi bacaan kolesterol emak saya ialah 6.8. Bacaan kolesterol jahat LDL tinggi daripada sepatutnya. Emak saya tak puas hati juga sebab katanya apa yang saya makan, itu lah yang emak saya makan, Jadi, kenapa bacaan kolesterol dalam darah saya tak tinggi? (boleh baca di sini hasil ujian darah yang pernah saya buat dulu).
Baca juga:
Keputusan ujian darah saya...
Doktor itu pun terangkan dalam bahasa yang mudah. Daripada apa yang doktor itu terangkan, secara mudahnya ada 2 cara kolesterol dihasilkan dalam badan kita. (**maaf kalau kenyataan seterusnya ini tak tepat, ini hanyalah berdasarkan pemahaman saya daripada apa yang doktor itu terangkan** ) Yang pertama ialah seperti yang kita sedia maklum, melalui pemakanan. Daripada pemakanan yang penuh berlemak dan berminyak itu maka hati akan proses dan hasilkan kolesterol. Cara yang kedua ialah hati itu sendiri yang hasilkan kolesterol dari dalam badan kita sendiri (bukan disebabkan apa yang kita makan). Sebab itu ada kes yang mana seseorang itu memang betul-betul jaga makan tapi kadar kolesterol dalam darahnya masih tinggi. Doktor kata dalam kes ini kadar kolesterol itu disebabkan cara kedua itu lah. Sebab apa pula hati terlebih hasilkan kolesterol? Kata doktor itu faktor genetik atau nama saintifiknya 'Familial Hyperlipidemia'. Doktor siap pesan suruh google untuk tahu lebih lanjut. Penerangan mudahnya boleh baca di sini dan di sini.
Kata doktor memang banyak juga kes 'Familial Hyperlipidemia' ini. Dan 'contoh terbaik' terbaik ialah doktor itu sendiri! Doktor itu pun makan ubat kawal kolesterol selang 3 hari sekali.
[Iklan] Aku dah kurus, kau bila lagi! Ada ke cara mudah nak kurus selain jaga makan dan bersenam? Ikuti kisah 88 individu yang mengharungi fasa kegemukan dan akhirnya dapat berat badan yang diidamkan!
Nota penting di sini ialah
Selamat periksa kolesterol dalam badan!
0 comments: