Dr Fauziah, Zaytouna-Oliva dan Gaza....

Friday, October 07, 2016 Ana 0 Comments



Dr Fauziah, Zaytouna-Oliva dan Gaza....



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sumber : FB Rose2Rose


Alhamdulillah.

Dr Fauziah Mohd Hasan, satu-satunya wakil wanita dari Malaysia yang menyertai misi Women's Boat To Gaza  (WBG) telah dibebaskan daripada tahanan Israel dan kini dalam perjalanan pulang ke tanahair.

Ini adalah kali ketiga Dr Fauziah menyertai misi ke Gaza. Kali pertama pada 2009 dan kali kedua pada 2012.

**Saya pernah bertemu dengan Dr Fauziah pada 16 September 2009 di Hospital Ampang Puteri ketika beliau menjadi doktor yang menyambut kelahiran anak saudara saya yang pertama melalui caesarean. Masih saya ingat lagi kata-kata Dr Fauziah mengenai anak saudara yang baru lahir itu. "Besar, 4 kilo!" **

Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa 13 wanita dalam misi tersebut telah ditawan tentera Israel di perairan Gaza, Palestin dan ditunda ke Pelabuhan Ashdod, Israel. Penawanan kapal membawa misi kemanusian ini mengingatkan saya kepada peristiwa tragedi berdarah kapal misi kemanusiaan Mavi Marmara (yang disertai oleh 12 orang rakyat Malaysia) yang diserang oleh tentera Israel pada 31 Mei 2010 di kawasan perairan antarabangsa di Laut Mediterranean.

Zaytouna-Olive dan Mavi Marmara membawa misi yang sama iaitu membawa perhatian dunia terhadap Israel dalam usaha menghentikan sekatan yang dibuat Israel ke atas Palestin.

Mavi Marmara. Zaytouna-Oliva.

Percayalah, ia tidak akan terhenti di situ. Nantikan saja. Lebih banyak kapal akan membawa misi kemanusiaan ke Gaza. Bukan satu. Bukan dua. Tetapi beratus ribu kapal akan menuju ke perairan Gaza suatu hari nanti.

Satu hari nanti....







0 comments: