Giliran haji 90 tahun dan 'Islamic Hotel'....

Friday, October 14, 2016 Ana 0 Comments



Giliran haji 90 tahun dan 'Islamic Hotel'....



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ


Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


Soalan pertama hari ini. Sudahkah anda mendaftar di Tabung Haji? Mendaftar untuk giliran tunaikan haji di Mekah? 


Pagi ini akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa menurut Tabung Haji, giliran menunggu untuk menunaikan haji kini telah meningkat kepada 90 tahun. Ini adalah peningkatan sebanyak 8 tahun berbanding waktu menunggu selama 82 tahun yang dilaporkan pada bulan Mac baru-baru ini. Dalam masa 7 bulan, tempoh menunggu giliran dah naik sebanyak 8 tahun?


90 tahun tunggu giliran haji


Masa baca laporan tersebut anak saudara saya yang berusia 7 tahun ada duduk di sebelah saya. Sengaja saya tanyakan pada nya untuk tengok reaksi seorang anak kecil.

Saya : Abang (anak saudara saya membahasakan diri nya 'Abang'), tengok ni, kalau Abang nak pergi Mekah, buat haji macam yang Abang tengok kat tv ramai-ramai tu, Abang kena tunggu giliran sampai 90 tahun tau!

Anak saudara : 90 tahun? Lama nya Mak Ngah!

Saya : Itu lah. Abang dah daftar ke belum?

Anak saudara: Tak tau lah Papa dah daftar kan Abang ke belum.

Saya: Kalau Abang daftar sekarang, Abang umur 97 nanti baru boleh pergi buat haji.

Anak saudara saya terdiam sekejap. Termenung macam tengah berfikir.

Anak saudara: Kalau orang tu umur 25, maknanya umur 115 baru dia boleh pergi haji lah kan Mak Ngah? Sempat ke Mak Ngah? Nanti orang tu dah meninggal...

Memang boleh buat orang termenung bila tahu nak pergi haji kena tunggu giliran sampai 90 tahun. Tapi, kita kena ingat juga. Kalau dah sampai masa dan waktunya kita akan jadi tetamu Allah, tak kira lah giliran kita sepatutnya lagi 90 atau 100 tahun sekali pun, pasti akan ada jalan Allah akan mudah kan untuk kita pergi haji awal. InsyaAllah...



Baca juga:
Boleh ke pergi haji lebih awal dari yang dijangka?


Satu lagi berita yang kurang menggembirakan dalam akhbar hari ini ialah mengenai 'Islamic Hotel'.  Apa itu 'Islamic Hotel'? Ini pertama kali saya dengar pasal 'Islamic Hotel'. Agak ketinggalan saya ni. Rupa-rupanya 'Islamic Hotel' ini adalah sebuah skim pelaburan pajakan hotel di Mekah. Dulu dikenali sebagai Makkah Islamic Hotel dan Makkah Islamic Fund. Telah disenaraihitam oleh Bank Negara dan difatwakan tidak patuh syariah oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tetapi tak diendahkan dan skim masih diteruskan (sumber FB Ustaz Lariba).


Pelabur 'Islamic Hotel' lapor polis


Saya tak tahu bagaimana secara detail nya skim pelaburan berfungsi. Tak perlu tahu juga sebab dah jelas difatwakan tak patuh syariah. Sedih juga ada orang Islam sendiri yang menggunakan nama islamik untuk tujuan yang tidak baik. Dan lebih sedih bila masih ada yang percaya dan sanggup melabur walaupun saya percaya pelabur-pelabur ini sendiri pun tak begitu tahu secara mendalam mengenai pelaburan yang mereka buat. Janji keuntungan yang beribu-ribu mungkin sedikit sebanyak telah mengaburi mata para pelabur ini. 

Baca juga:
Cara mudah untuk kaya?
Saya dah kekurangan duit ni....


Saya pernah diajak untuk sertai skim yang meragukan sebelum ini. Dua kali diajak dan dua kali juga saya menolak. Lama juga saya cari info sana sini untuk tahu dan faham betul-betul skim tersebut. Yang pertama sekali buat saya ragu-ragu ialah keuntungan tetap setiap bulan. Saya bukan lah arif sangat soal ini tapi yang saya tahu keuntungan yang dijamin itu termasuk dalam riba. Orang pertama yang mengajak saya join skim tersebut ialah rakan sepejabat. Saya tolak dan lepas itu tak berani pula nak tanya samada dia telah dapat keuntungan yang dijanjikan skim tersebut. Orang kedua ialah jiran depan rumah saya. Makcik itu sendiri terus terang beritahu yang beliau pun tak faham sangat skim pelaburan tersebut. Dia hanya ikut suaminya saja. Sempat saya bertanya sudah pernah dapat keuntungan kah? Katanya pernah. Terasa hendak saya maklumkan pasal info-info riba dan unsur yang meragukan mengenai pelaburan tersebut yang saya jumpa di FB 'Say No To MLM', tapi takut pula makcik itu rasa malu atau segan nanti. 

Saya kurang percaya pada prinsip labur sekian banyak wang dan kemudiannya duduk goyang kaki tunggu untung masuk akaun bank setiap bulan. Benda begini seperti too good to be true.....

Berhati-hati lah agar kita tidak terjebak dengan skim-skim pelaburan begini. Pastikan rujuk kepada pihak berkuasa atau senarai hitam Bank Negara (rujuk di sini) sebelum terlibat dengan sebarang bentuk pelaburan. Semoga kita semua tidak terperangkap dengan tipu helah mereka-mereka yang berniat jahat dan suka mengambil kesempatan ini...




0 comments: