Nikmat sujud yang hilang...

Friday, September 30, 2016 Ana 0 Comments






Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.




Antara keistimewaan hari Jumaat ialah ada nya solat Jumaat yang menjadi satu perhimpunan buat golongan muslimin sekali dalam  seminggu, Besar ganjarannya bagi orang yang pergi awal untuk solat Jumaat. Ditambah pula dengan ibadah solat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran sementara menantikan masuk waktu untuk solat Jumaat.

nikmat sujud


Sebut pasal solat, antara saat yang paling dekat seseorang hamba itu dengan Tuhan nya ialah semasa dalam keadaan sujud. Dalam solat lah satu-satunya waktu yang kita banyak bersujud. Saat-saat sujud itu lah digalakkan kita memperbanyakkan doa memohon segala kebaikan daripada Allah s.wt. Dah banyak kali kan kita dengar kata-kata ini. Tapi percayalah yang tabiat menghargai sesuatu hanya selepas perkara itu dah tiada sangat sinonim dengan sifat manusia (seperti saya). Bila ada sikap begitu, maka sujud hanya dipandang sebelah mata. Bacaan ketika sujud dibaca sekadar lalu. Tiada usaha untuk memohon dan banyakkan berdoa seperti yang digalakkan.

"Kalaulah benda begitu mudah, sehelai kain di atas kepala pun mampu beri saya ketenangan, bagaimana pula dengan seluruh ajarannya?"
Ikuti kisah penghijrahan model Felixia Yeap sehingga beliau memeluk Islam dalam buku 'Amoi Berhijab'. Dapatkan di sini
"


Bila  masanya saya terasa sangat 'kehilangan' nikmat sujud? Bila saya menanggung sakit lutut bermula sekitar bulan Februari tahun ini. Sakit lutut hingga tak boleh nak bengkokkan kaki. Sakit bila duduk di antara dua sujud. Maka, solat terpaksa dibuat secara duduk atas kerusi. Hilang nikmat hendak cecahkan dahi ke tempat sujud. Terasa sangat hilang nikmat sujud waktu itu, Baru lah menyesal selama ini tak manfaatkan waktu sujud itu dengan sebaik-baiknya, Baru nak terfikir, ada harapan nak sembuh tak sakit lutut ni dan ada peluang lagi tak nak sujud dengan cecahkan dahi ke lantai lagi selepas ini?

Alhamdulillah, sakit lutut beransur pulih selepas 3 bulan sehingga akhirnya mampu untuk sujud kembali seperti sedia kala semasa bulan Ramadhan yang lalu. 

Pengajaran buat diri sendiri, manfaatkan setiap nikmat yang ada sebelum nikmat itu hilang, samada hilang untuk selama-lamanya atau untuk sementara....


0 comments: