Catat rekod paling banyak laksa Sarawak dibuang?
Catat rekod paling banyak laksa Sarawak dibuang?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Laksa Sarawak. Pertama kali dalam hidup saya makan laksa Sarawak ialah pada 17 Oktober yang lalu.
Pada mulanya saya tak tahu menu di hadapan saya ialah laksa Sarawak. Menu dipesan secara delivery dari atiefooddelivery (klik di sini) oleh adik ipar saya. Nampak seperti bihun yang ada telur goreng dipotong kecil-kecil memanjang, ada potongan kecil ayam, ada udang dan sedikit sambal. Kemudian ada kuah. Memang mula-mula saya ingatkan bihun yang dimakan dengan kuah kari!
Tapi bila dah mula makan dan hirup kuahnya, memang sedap! Saya jenis yang jarang cuba menu yang baru dan yang saya tak pernah cuba (sebab itu lah baru sekarang tahu mengenai laksa Sarawak :P), tapi pertama kali rasa laksa Sarawak ini memang rasa nak makan lagi. Pertama kali makan laksa yang berkuahkan udang dan ayam. Beza betul dengan laksa yang selalu saya makan yang mana kuahnya daripada isi ikan kembung. Dulu rajin juga ke Laksa Shack untuk makan laksa asam @ laksa Penang, tapi sejak outlet Laksa Shack dah ditutup, tempat yang selalu diterjah untuk makan asam laksa ialah di Secret Recipe atau restoran JomBali. Sedap!
Laksa Sarawak yang dipesan dari atiefooddelivery dalam bekas kecil ini memang sedap dan cukup-cukup (just nice) bahagian makan untuk seorang. Sudah semestinya penyediaan hidangan laksa terbesar Sarawak yang mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Records dan dilaporkan portal The Borneo Post mengambil masa 18 jam untuk dimasak dan dikatakan cukup untuk dimakan oleh 1,500 orang adalah suatu idea yang menarik sebab lebih ramai yang boleh nikmati kesedapan laksa Sarawak ini.
Ya, idea yang sangat menarik kalau hidangan laksa sebanyak itu diagih-agihkan untuk dimakan bersama-sama terutama bagi golongan yang kurang berkemampuan. Malangnya hidangan laksa sebanyak itu dilaporkan akan dibuang atas alasan tidak bersih untuk dimakan.
100 kg perencah laksa Sarawak
225 kg bihun
90 kg udang
1008 biji telur
90 kg tauge
90 kg isi ayam
(sumber : theborneopost.com)
Sayang betul! Pembaziran secara terang-terangan. Macam mana lah agaknya perancangan awal penganjur. Ada atau tidak dalam perancangan program ini untuk slot agihan laksa kepada orang ramai? Dengan bahan-bahan yang sebanyak itu, takkan lah penganjur hanya sasarkan untuk cipta rekod terbesar penyediaan hidangan tapi tak pastikan hidangan selamat untuk diagihkan juga? Jika teliti perancangannya sudah pasti satu lagi rekod dapat dicipta iaitu jamuan laksa Sarawak yang terbesar di Malaysia. Dan sekali pun laksa itu sudah tidak bersih untuk dimakan, langsung tak boleh diselamatkan lagi ke bahan-bahan dalam laksa tersebut?
Rekod paling banyak laksa Sarawak yang dibuang akan lebih diingati daripada rekod penyediaan mangkuk laksa Sarawak terbesar. Adakah kedua-dua 'rekod' ini akan direkodkan di Malaysia Book Of Records?
Ada tak sebarang cadangan nak ketatkan sikit syarat-syarat untuk sesuatu perkara atau aktiviti sebelum direkodkan dalam Malaysia Book Of Records? Sekurang-kurangnya hanya rekodkan perkara yang memang betul-betul mencabar mental dan fizikal saja. Bukannya rekod sediakan hidangan laksa terbesar, rekod sediakan nasi dagang terpanjang, rekod mufin terpanjang dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.
Sudah habis idea kah rakyat Malaysia untuk cipta rekod?
:(
Sedangkan dalam episod Bersamamu ada anak-anak menagis bercerita bagaimana mereka terpaksa berlapar...
ReplyDeleteItu lah. Memang sakit hati bila tahu ada orang senang2 je buang makanan sebanyak tu!
Delete