Bisnes kawan-kawan

Tuesday, October 11, 2016 Ana 0 Comments




Bisnes kawan-kawan


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Cemburu tapi pada masa yang sama tumpang gembira tengok rakan-rakan yang maju dengan bisnes kecil-kecilan atau bisnes sampingan masing-masing. Macam-macam bisnes yang dibuat. Daripada bisnes makanan, produk kecantikan, produk kesihatan, makanan tambahan, insurans hinggalah kepada bisnes bantal dan penutup muka waktu jerebu! Bukan setakat buat dropship malah barang yang dijual ialah daripada hasil kerja tangan sendiri.

Kalau ada yang berminat dengan produk-produk menarik di bawah ini boleh lah intai pengusaha nya di FB atau IG yang saya sertakan sekali.


1. Bantal bayi yang comel, penutup muka yang comel, bantal lengan yang comel dan owlies yang comel. Semua yang comel ada di AisyahSisters by FBZY.

owlies by fbzy
Sumber : IG @fbzy

Saya pernah menulis mengenai produk penutup muka AisyahSisters ini semasa negara kita diselubungi misteri jerebu tahun lepas (baca di sini). Kini bisnes AisyahSisters semakin mendapat sambutan dengan tambahan produk-produk yang menarik seperti owlies dan bantal lengan. Produk-produk comel dari AisyahSisters ini sesuai untuk kegunaan sendiri mahu pun dihadiahkan kepada orang yang tersayang.

owlies by fbzy
Sumber : IG @fbzy

Sesuai dengan pengasas AisyahSisters iaitu saudari Fauziah (yang juga comel), segalanya yang comel ada di AisyahSister by FBZY. Follow IG @fbzy di sini!



2. Risau hasil ujian diabetes yang tak berapa menarik? Inginkan makanan tambahan yang sesuai untuk si comel? Nak kulit sihat tanpa jerawat? Follow saja IG @naura_rizqi yang ada macam-macam produk kesihatan untuk anda seisi keluarga. Daripada pemanis Stevia, susu kambing Umaima hinggalah kepada Caliph Supplement untuk kecergasan minda dan kekuatan antibodi anak-anak anda, semuanya ada di Naura Rizqi.

macam-macam ada di naura rizqi
Sumber : Blog Naura Rizqi

Layari blog Naura Rizqi di http://naura-rizqi.blogspot.my/ untuk lebih banyak info produk-produk khas untuk kesihatan dan kecantikan anda. Naura Rizqi juga menawarkan harga yang menarik dan penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia serta COD ke kawasan sekitar Kajang, Bangi, Cheras, Putrajaya, Semenyih, Serdang dan Seri Kembangan.


3. Seorang lagi  sahabat juga turut terlibat dengan bisnes produk kecantikan iaitu produk MyBFF. MyBFF? Apa tu? My best friend forever? Produk yang diusahakan secara bersama antara beberapa orang sahabat baik ini merangkumi homemade soap (pelbagai jenis seperti tumeric + sheer butter soap, honey chia seed soap dan honey and lemon chia seed soap), homemade lip balm, pomade for men (untuk rambut yang kemas dan kekal di tempatnya tu) dan beauty spray. Yang paling penting, produk-produk homemade ini adalah bebas daripada sebarang bahan kimia.


produk kecantikan mybff
Sumber : FB MyBFF Empire
Follow FB MyBFF Empire di sini untuk info produk terkini dan testimoni pengguna yang berpuas hati dengan produk-produk MyBFF.


Selain daripada 3 rakan di atas, 3 orang lagi rakan saya turut terlibat dengan bisnes sampingan. Walau bagaimanapun ketiga-tiganya masih mengiklankan produk mereka melalui FB personal dan belum mempunyai FB page khusus untuk produk.

Seorang merupakan pengedar produk Cen-D iaitu sejenis supplemen untuk sendi yang terbukti merawat sakit-sakit sendi terutama sakit lutut. Sakit sendi sekarang bukan hanya menyerang warga emas tapi individu seawal usia 20-an pun dah ada yang mengiidap sakit sendi. Sesuai sangat untuk kegunaan sendiri mahu pun untuk digunakan oleh ibu bapa kita yang mengadu sakit-sakit sendi.

Seorang lagi ialah seorang rakan yang telah berhenti kerja tetap di sebuah syarikat carigali dan kini menjadi ejen insurans takaful dan produk penapis air Coway. Rakan yang seorang ini memang gigih orangnya. Maka tak hairan walaupun baru saja bermula menjadi ejen takaful, beliau telah pun mendapat tempat kedua bagi anugerah 'Top Rookie Agent Of the Month' untuk bulan April yang lalu. Di samping dua tugas sampingan ini, beliau juga kerap memberikan kebenaran untuk rumahnya dijadikan lokasi penggambaran, Antara drama yang saya ingat ialah 'Strawberi Karipap' dan 'Cik Cinderella dan Encik Tengku'.

Dan seorang lagi rakan saya baru saja aktif menjual kek batik, kek coklat, brownies kedut dan kek red velvet secara sambilan. Melihat gambar-gambar kek nya di FB saja sudah cukup menyelerakan. Dan saya yakin dengan rasanya sebab saya sendiri telah merasa kek chocolate moist yang dijualnya. Memang tersangat sedap!

[Iklan] Nak tahu formula untuk buka blog bisnes sendiri? Mudah saja, 'mulakan dengan apa yang ada di tangan'! Klik untuk ketahui lebih lanjut formula mudah dalam buku 'Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop' , hari ini juga!







Seronok tengok usaha gigih dan tak kenal jemu rakan-rakan ini untuk kenal dan pasarkan produk mereka. Semoga dapat saya jadikan motivasi dan inspirasi untuk mulakan langkah dalam mengusahakan bisnes sendiri!



0 comments: