Selamat Tahun Baru 1438 Hijrah, Salam Maal Hijrah.....
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Selamat Tahun Baru 1438 Hijrah....
Sekejap saja pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru dalam kalendar Islam. Masa akan terus berlalu dengan pantas dan tanpa kita sedar, dah nak masuk bulan Ramadhan pula nanti!
Masa berlalu pergi , macam-macam telah berlaku tetapi rutin harian kita masih sama. Tak ada yang berubah dari dulu sampai sekarang. Tak ada amalan yang meningkat (err...berkurang ada lah!) dan tak ada amal baru yang diusahakan. Sempena bermulanya tahu baru Islam ini, jom kita sama-sama tingkatkan lagi amal kebaikan dan bersungguh-sungguh untuk elakkan diri dari terpalit dengan perkara yang tidak elok. Kawal atau korbankan nafsu yang mengarah kepada keburukan dan berjuang sehabis baik untuk terus istiqomah melaksanakan segala yang diperintahkan dalam Islam.
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan....
Selamat Tahun Baru 1438 Hijrah, Salam Maal Hijrah....
0 comments: