Masuk dalam kolam yang ada ular boleh atasi ketakutan diri!

Wednesday, October 19, 2016 Ana 2 Comments



Masuk dalam kolam yang ada ular boleh atasi ketakutan diri!



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tak percaya. Tak tahu nak kata apa. Tak terkata.

Kelmarin saya dah tengok rakaman video murid-murid perempuan sekolah rendah yang menjerit-jerit di dalam kolam yang dicampakkan ular di dalamnya. Murid-murid menjerit ketakutan dan dalam masa yang sama ada orang yang siram mereka dengan air. Murid-murid-murid berebut-rebut nak keluar dari kolam selamatkan diri.

Dan saya cakap seorang diri, "Ini bukan kat Malaysia ni, ini kat negara lain!".

Malangnya, saya silap.

campak ular dalam kolam latihan untuk atasai ketakutan


Kejadian yang berlaku di perkarangan pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kuala Kangsar, Perak ini dikatakan sebahagian daripada latihan yang diadakan oleh APM bertujuan untuk mengatasi ketakutan diri.

Ok. Boleh saya tahu adakah murid-murid perempuan yang menjerit ketakutan itu kini dah bertukar 360 darjah menjadi murid-murid yang berani? Dah tiada ketakutan dalam diri selepas lalui latihan macam itu?

Tolonglah. Kem motivasi apa dengan modul begini?

Saya mungkin boleh terima bahawa latihan tidak logik ini dibuat oleh pelajar senior yang belum matang fikirannya untuk tujuan buli atau sebagainya. Tapi malangnya latihan ini diadakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Dan lebih malang lagi bila dilaporkan daripada hasil siasatan mendapati jurulatih yang buat latihan kurang cerdik itu terpengaruh dengan modul latihan yang terdapat dalam YouTube!

Apa jua alasan yang diberikan : ular yang digunakan tidak berbisa, guru pengiring berada di tepi kolam, murid-murid 'ceria' saja lepas lalui latihan tersebut, semua itu sama sekali tak menjadikan perbuatan mencampakkan ular ke dalam kolam yang mana ada kanak-kanak di dalamnya sebagai suatu tindakan atau bentuk latihan yang boleh diterima.


Mudah saja nak tahu tindakan itu wajar atau tidak. Buat jurulatih atau guru pengiring atau anggota APM yang campak ular kemudian siram air dan sergah murid-murid tersebut, bayangkan saja anak perempuan atau adik perempuan anda yang berada dalam kolam itu. Suka tak agaknya melihat anak perempuan atau adik perempuan anda menjerit-jerit ketakutan? Suka?


Tertanya-tanya juga adakah tindakan campak ular dalam kolam itu adalah satu kejutan atau telah diketahui lebih awal oleh guru pengiring? Andai ia satu kejutan, tak boleh kah guru pengiring menolak untuk murid-muridnya terlibat dengan latihan sebegitu? Andai ia nya telah diketahui lebih awal, tidakkah guru itu sedar kemungkinan yang akan berlaku pada anak-anak muridnya? Tak terfikir anak murid bukannya akan jadi lebih berani tapi sebaliknya jadi trauma selepas latihan itu? Tak terfikir anak murid yang ketakutan mingkin akan pengsan (atau lebih buruk daripada itu) dalam kolam?

Tak ke nanti menyesal di kemudian hari?










2 comments:

  1. Tak patut la buat macam tu. Bukan nak melatih komando. Budak sekolah je. Tak kisah le ular berbisa atau tidak, saya merasakan tiada kesan positif yang boleh dapat dari latihan macam ni. Fobia kepada ular ni kan ke satu fobia yang diiktiraf. Macam juga fobia terkurung di tempat sempit(Claustrophobia. Tak boleh la kita anggap semua anak-anak yang terlibat tiada phobia ini. Betul ke ini cara yang di iktiraf dalam mendapatkan sijil kejurulatihan. Atau pun jurulatih bidan terjun ni? Melatih dan mendera tu kan berbeza. Jangan buat sebarangan kepada anak orang. Kita pun bukankah ada anak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Malang tak berbau. Banyak lagi cara lain untuk bina jati diri atau lawan ketakutan diri. Mungkin 'mereka-mereka' ini lupa yang peserta kem tersebut hanyalah kanak-kanak sekolah rendah. Seronok mungkin tengok kanak-kanak jerit ketakutan. Mungkin itu 'tanda aras' latihan ular itu berkesan.

      Delete