Cerita Haji: Tinggal 2 hari lagi sebelum wukuf, dapat panggilan telefon dari Malaysia....
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Cerita Haji: Panggilan telefon dari Malaysia 2 hari sebelum wukuf..
Malam itu selepas pulang dari solat Isyak di Masjidil Haram, seperti biasa, saya, emak dan dua lagi rakan sebilik (Kak Haza dan ibunya) bersama-sama menuju ke dewan makan di hotel penginapan untuk makan malam. Seingat saya jika tidak silap pada masa itu, waktu Isyak di Mekah masuk awal, lebih kurang jam 7:30 malam macam itu.
Dalam Masjidil Haram, menantikan waktu solat |
Usai makan malam, kami pun naik ke bilik untuk berehat. Malam itu adalah baki-baki malam di Mekah sebelum kami akan bertolak ke bumi Arafah untuk kemuncak ibadah haji, iaitu berwukuf. Sedang kami berehat dan bersembang santai, handphone emak saya berbunyi, Ada panggilan masuk. Tertera di skrin handphone itu nama sepupu saya.
Dalam hati mulai terdetik. Ada hal kecemasan kah di Malaysia?
"Innalillahi wa inna ilaihi rojiun...."
Serentak semua mata kami yang berada dalam bilik terarah pada emak. Menantikan emak menamatkan perbualan untuk tahu cerita lebih lanjut.
"Kenapa mak? Ada orang meninggal ke?". Soalan pertama saya setelah emak selesai menjawab panggilan.
"Nenek Nora...dia baru meninggal petang tadi..."
Terkedu saya seketika. Terus terbayang raut wajah Nenek Nora yang ringan tulang itu, Nenek Nora lah yang banyak membantu ketika kenduri perkahwinan adik saya, sebulan sebelum kami berlepas ke tanah suci, Saya teringat lagi sewaktu kenduri, Nenek Nora tidak duduk diam berjalan ke sana ke mari memberi arahan supaya kerja-kerja penanggah berjalan lancar dan kenduri bertambah meriah. Nenek Nora juga lah yang banyak membantu waktu kami mengadakan kenduri doa selamat untuk ke tanah suci. Terngiang-ngiang lagi pesanan Nenek Nora pada saya supaya saya jaga emak baik-baik waktu di tanah suci. Yang paling tak dapat saya lupakan ialah pelukan erat Nenek Nora yang datang menjenguk saya dan emak sehari sebelum kami berlepas. Ya. Pelukan erat yang lain dari yang lain. Pelukan erat yang seakan-akan pelukan terakhir dari beliau....
:(
Tidak disangka itu lah pertemuan terakhir kami. Tiada apa yang dapat membalas budi Nenek Nora. Doa buat Nenek Nora tidak lekang dari bibir sepanjang kami berada di tanah suci. Hanya solat sunat hadiah dan solat ghaib yang mampu kami hadiahkan dari jauh buat arwah Nenek Nora.
:(
Baca juga :
Cerita haji saya dan emak...
Boleh ke pergi haji lebih awal dari yang dijangka?
Cerita haji : Pengalaman di Arafah dan Muzdalifah...
Melontar di Jamrah, patuhi arahan, jangan ikut macam saya....
0 comments: