Rebut anak dan ijazah palsu....

Thursday, September 29, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Malaysia sangat kaya dengan isu atau cerita panas atau mengejutkan. Setiap hari ada saja isu yang timbul (atau sengaja ditimbulkan?) dan jadi perbincangan hangat terutama di kalangan netizen.

Berita mengejutkan setiap hari

Semalam viral video memaparkan anak yang keliru hendak ikut ibu atau ayah setelah selesai kes penjagaan anak di mahkamah. Ada 2 versi cerita untuk berita ini, satu daripada si ayah dan satu dari si ibu. Sebagai orang luar sememangnya kita semua hanya tahu apa yang tersurat. Selebihnya yang tersirat, apa yang betul, siapa yang berada di pihak yang benar, itu semua hanya si pelaku dan Tuhan yang Maha Mengetahui. Isu nya bukan siapa salah atau betul sebenarnya. Isu nya ialah agak menyedihkan bila si anak terkesan dengan apa yang berlaku antara ibu dan ayah nya. Apa tah lagi 'diminta/disuruh tanpa rela untuk memilih atau mengikut salah seorang, antara ibu atau ayah. Kasihan. Pastinya sedikit sebanyak anak itu trauma dengan apa yang berlaku. Semoga selepas apa yang berlaku akan menyedarkan si ibu dan ayah dan doa kan saja yang baik-baik untuk keluarga ini.

Hari ini (sejak beberapa hari lepas sudah kedengaran berita ini malah dikatakan sejak 2010 dan kini timbul kembali), timbul pula viral isu seorang pakar motivasi / pakar pemasaran / pakar keusahawanan yang dikatakan menggunakan gelaran Dr palsu. Isu jadi tambah rumit bila pihak universiti juga menafikan ada menganugerahkan sebarang gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada pakar tersebut. Macam mana tu? Dari mana pula pakar tersebut mendapat gelaran yang terpampang di laman web rasmi syarikat pengurusan nya itu?

Dalam entry saya di blog ini tahun lepas ada saya cerita kan yang saya pernah hadiri seminar percuma pakar tersebut di Wisma MCA, Ampang. Memang bersemangat dan berkobar-kobar untuk berjaya semasa sesi tersebut. Selain info-info mudah mengenai cara hendak berjaya yang kita saya terlepas pandang, diselitkan juga nasihat kerohanian dan testimoni dari peserta-peserta yang telah berjaya mengubah hidup mereka setelah menyertai sesi bersama pakar tersebut. Bukan hanya ditayangkan video temubual bersama mereka, tapi peserta-peserta itu turut sama hadiri dan bercakap secara langsung menceritakan pengalaman jatuh bangun mereka dalam perniagaan. Ada seorang anak muridnya yang datang dari Singapura menceritakan pengalaman beliau mengusahakan bisnes nya (bisnes bakeri kalau saya tak silap) dan bagaimana keuntungan nya meningkat berlipat kali ganda selepas mempraktikkan ilmu dari seminar pakar tersebut.  Memang menginspirasikan! Malah ada seorang rakan saya yang bergaji lumayan sanggup berhenti kerja selepas hadiri seminar tersebut dek kerana teruja nak mulakan bisnes sendiri.

Jadi, memang terbukti pakar tersebut berjaya membimbing individu-individu untuk bangkit dan berjaya dalam perniagaan mereka. Saya pergi ke seminar itu dahulu pun bukan kerana pakar itu ada sekarang atau ijazah. Saya ke seminar itu kerana kisah-kisah kejayaan anak-anak murid kepada pakar tersebut. Jadi kenapa nak persoalkan kredibiliti pakar tersebut?

Balik kepada isu asalnya. Isu asal adalah soalan mengenai penggunaan gelaran atau ijazah palsu. Soalan nya ialah kenapa perlu ijazah palsu? Kenapa?

Ijazah palsu


Persoalan yang hanya pakar itu saja mampu menjawab nya. Apa pun jawapan nya, pasti ada sebab yang juga hanya beliau mengetahuinya. Jalan yang terbaik ialah untuk berterus terang perkara yang sebenar. Honesty is the best policy. Berkata benar lah walaupun pahit untuk didengar.

Berita panas @ tergempar @ hangat @ mengejutkan @ sensasi setiap hari. Dan 2 berita di atas hanyalah sebahagian daripada kisah-kisah yang memberikan kita tauladan mahupun sempadan dalam kehidupan seharian.

Inilah Malaysia ku....






0 comments: