Best tak drama On The Way To The Airport?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
'Malaysia?'
Dialog @ perkataan pertama yang disebutkan dalam drama Korea terbaru di KBS, 'On The Way To The Airport'. Memang pandai nak curi hati peminat-peminat drama Korea kat Malaysia ini ya!
Teruja tengok Air Asia dan Malaysia dalam drama Korea. Menonton episod 1 dan 2 drama On The Way To The Airport buatkan saya nak tengok lagi apa yang akan berlaku di episod seterusnya. Memang faktor 'Malaysia' dalam drama ini jadi sebab utama saya mula tonton semula drama Korea yang dah lama saya tinggalkan.
Teruja tengok Air Asia, KLIA, Putrajaya, Istana Budaya, teksi dan rumah (rumah siapa agaknya yang dijadikan homestay dalam drama ini) dalam babak-babak yang dilakonkan di Malaysia. Saya rasa kakitangan Air Asia mesti tersenyum saja sepanjang menonton babak-babak yang ada menonjolkan pelakon sebagai kakitangan Air Asia. Mungkin akan lebih bermakna tak kalau ada selit satu dua pramugara/pramugari Air Asia (yang sebenar) sebagai pelakon tambahan?
Babak watak utama Seo Do Woo (lakonan Lee Sang Yoon) dan anaknya Annie (lakonan Park Seo Yeon) melihat pemandangan senja dari jambatan di Putrajaya sangat menarik. Putrajaya digambarkan dengan sangat menarik dalam babak ini. Cantik macam dalam lukisan, Do Woo ialah seorang ayah yang sangat penyayang kepada Annie, meskipun Annie bukan anak kandungnya. Do Woo pada pandangan saya nampak macam hero yang 'lemah lembut', baik hati dan mudah ambil berat. Agak berlawanan dengan isterinya iaitu Kim Hye Won (lakonan Jang Hee Jin) yang nampak penuh dengan kemarahan (belum tahu lagi apa puncanya) dan dendam. Misteri yang masih kekal misteri setakat 2 episod pertama ini ialah kenapa lah emak Annie, tak suka sangat kat Annie sampai tak bagi Annie balik ke Korea?
Baca juga:
Air Asia dan drama Korea 'On The Way To The Airport'
Annyeong, On The Way To The Airport....
Selain setting background yang menarik, props pun turut diambil kira dan dititikberatkan dalam drama ini, Tengok saja dalam babak di mana beg yang dibuka menunjukkan barang-barang peninggalan Annie. Siap ada buku 'Bahasa Melayu' untuk tunjukkan secara tak langsung yang Annie ini memang sedang belajar di Malaysia.
Banyak babak-babak yang mana hero dan heroin tak berkata apa-apa. Hanya memandang antara satu sama lain, bermain dengan perasaan. Mungkin perasaan Do Woo yang kehilangan anak manakala Soo Ah yang selalu berjauhan dengan anak membuatkan mereka berdua rasa ada persamaan dan lebih memahami antara satu sama lain. Jauh bezanya Do Woo dengan suami Soo Ah iaitu Jin Seok (lakonan Shin Sung Rok), yang sepanjang masa tegas (tak bertempat) dan kurang mesra dengan Soo Ah dan anaknya (tapi dengan staf yang lain boleh pula dia tersengih-sengih!). Ini juga adalah misteri yang kedua iaitu kenapa watak Jin Seok tidak mesra dengan isteri dan anaknya?
Masih panjang lagi jalan cerita Drama On The Way To The Airport ini yang akan bersiaran selama 20 episod. Drama ini ke udara setiap hari Khamis dan Jumaat jam 8:55 malam di KBS World Astro. Mungkin dah tiada lagi babak di Malaysia kerana Soo Ah dah bawa pulang anaknya ke Korea setelah kematian Annie.
Selamat menonton!
0 comments: