Ada hati nak mencuri, tapi....

Tuesday, September 27, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Ok yang ini memang kelakar.

"Mungkin kerana faktor kurang ilmu, sekumpulan pencuri di India terpaksa berputih mata selepas mereka tersilap melarikan sebuah mesin mengemaskini buku bank yang disangka mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam satu kejadian dekat Guwahati, Assam baru-baru ini". (Sumber: Utusan Malaysia 27 September 2016)

perompak silap larikan mesin
Sumber : Utusan Malaysia 27 September 2016

Memang reaksi pertama saya bila baca berita ini ialah tersenyum. "Apa lah, ada hati nak mencuri tapi mesin ATM pun tak kenal yang mana satu!"

Tapi bila difikirkan balik, eh macam tak logik je tak kenal mesin ATM. Takkanlah tak pernah keluarkan duit kat mesin ATM? Rasanya kebanyakan orang simpan duit dalam bank dan pernah keluarkan duit dari mesin ATM kan?

Melainkan....

Melainkan orang itu tak pernah ada simpanan dalam bank.  Orang yang tak ada duit pun nak disimpan dalam bank.

Kalau ikutkan apa yang dilapor dalam berita ini, kemungkinan pencuri itu tak ikut perkembangan teknologi semasa. Jadi tak tahu nak bezakan mesin update buku dengan mesin keluarkan wang.

Ada juga ya pencuri jenis macam ini? Jenis yang main redah saja untuk mencuri. Tak ada perancangan yang teliti. Tambahan pula nak mencuri di bank. Err...bukanlah saya menggalakkan orang merancang dengan teliti untuk mencuri. Tapi itu lah, macam yang selalu kita dengar, if u fail to plan, u plan to fail. Boleh aplikasikan untuk semua perkara (ingatan untuk diri sendiri) bukan hanya untuk mencuri ya.

Sudahlah salah mesin yang dilarikan, ditangkap pula masa pengawal tengah buat rondaan. Ini memang kes tak ada perancangan langsung ni!

Kes mereka ini ialah bukti jelas untuk formula "Tiada perancangan + Tiada ilmu + Tak bernasib baik = Kegagalan menanti di hadapan"

Kesimpulannya, buat lah perancangan yang teliti dalam apa juga perkara yang nak kita lakukan (untuk perkara yang baik-baik saja ya).

**Tak boleh bayangkan apa perasaan pencuri itu kalau berjaya larikan mesin update buku akaun tersebut. Selamat meng update buku lah agaknya. Tak boleh nak update pun,  mesin dah tak connected dengan network bank...***




0 comments: