Abang Bomba, I Love You!
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Ok, saya dah terjebak. Terjebak menonton drama 'Abang Bomba, I Love You'.
Haish.
"Tengok tak drama Abang Bomba I Love You?"
"Eee..gelinya tajuk macam tu!"
Itu respons saya masa ditanya oleh sepupu yang datang ke rumah semasa raya haji yang lepas. Beria-ia saya tegaskan yang takkan lah saya nak tengok drama dengan tajuk macam itu. Saya pun memang dah lama tak ikuti mana-mana drama. Yang terakhir saya follow ialah drama 'Akadku Yang Terakhir'. Lepas itu memang dah tak larat nak tertunggu-tunggu episod demi episod drama di tv. Sekali dah tengok, biasanya akan tersangkut.
Jadi macam mana boleh tersangkut pula dengan drama Abang Bomba, I Love You ini?
Mungkin sebab
Drama adaptasi novel karya Mia Kiff ini tak banyak bezanya dengan drama-drama Melayu yang lain. Jalan cerita yang sama dan diulang-ulang. Sengketa antara adik dengan kakak, rebut cinta lelaki/wanita yang sama, pilih kasih ayah terhadap anak, jatuh cinta tapi cinta tak dibalas, anak yang kurang pandai tapi kemudiannya berjaya sambung belajar di luar negara dan balik sebagai seorang doktor. Itu antara yang saya tonton dalam marathon ulangan drama Abang Bomba I Love You di Astro Ria hari ni.
Lakonan Hisyam Hamid sebagai Rayqal mungkin mudah saja bagi beliau yang telah 8 tahun bekerja sebagai anggota bomba semasa di Singapura, Selain babak-babak yang libatkan tugas bomba, watak Hisyam Hamid pada saya tak banyak jauh beza dengan dengan drama beliau yang terdahulu iaitu Isteri Vs Tunang. Mungkin selepas ini kena cuba cari watak yang lebih mencabar dan lari dari kebiasaan yang pernah dilakonkannya.
Amira Othman sedikit kaku dalam lakonan nya yang memegang watak Lily. Nadya Syahera pula sebagai Mawar memang sangatlah sesuai dengan watak antagonis, lebih kurang watak Bella yang dibawanya dalam drama Semanis Honey.
Setakat 4 episod yang saya tonton dalam marathon tadi, tak banyak tugas bomba yang ditonjolkan dalam drama Abang Bomba I Love You ini. Sayang. Alang-alang dah jadikan tugas sebagai ahli bomba sebagai subjek utama, paparkan lah sekali tugas-tugas ahli bomba yang sebenar. Bukan hanya padamkan api dan selamatkan budak tersangkut atas pokok. Naikkan imej ahli bomba di mata masyarakat sebagai penyelamat yang sebenar supaya lebih dihargai. Supaya lebih ramai yang berminat dengan tugas mulia ini.
Dan ada satu babak yang mana dialog nya agak kurang sesuai. Babak di mana Mawar tengah sembang dengan kawannya ketika makan. Kawannya itu kata macam tak percaya si Mawar ini bertunang dengan Rayqal. Dialognya yang saya ingat lebih kurang macam ini. "Ahli bomba je kot, tak berpangkat pula tu, Mampu ke nak sara kau yang high taste ni?". Macam merendah-rendahkan pekerjaan sebagai seorang anggota bomba.Tak sesuai.
"Rumah terbakar panggil bomba..."
"Bomba datang berlumba-lumba...."
Drama Abang Bomba I Love You ini tinggal 8 episod saja lagi. Selamat menonton!
0 comments: