Al-Fatihah buat Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.....
Assalamualaikum & salam sejahtera,,,,
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat pada jam 10.10 pagi (waktu Malaysia).
Al-Fatihah..
Almarhum menyahut panggilan Ilahi di hari Jumaat yang penuh berkat. Teringat semula ketika kembalinya Almarhum Tuan Guru Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat pada hari Khamis, malam Jumaat 12 Februari 2015 yang lalu.
:=(
Takziah buat keluarga Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron Din. Semoga Allah swt mencucuri rahmat dan mengampuni Almarhum Tuan Guru, dan semoga Almarhum ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh.
Amin, Ya Rabbal A'lamin.
Sumber : FB Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre |
Walaupun tidak mengenali Almarhum secara dekat, berita pemergian Almarhum yang saya tonton di tv3 pagi tadi memang mengejutkan dan terasa berat di hati. Saya pernah berpeluang bertemu sekali dengan Almarhum ketika di pusat rawatan Islam Darussyifa' Bangi, untuk urusan rawatan seorang saudara terdekat. Tak dapat digambarkan perasaan berada dekat dengan ulama yang dihormati dan disegani ketinggian ilmunya. Dan memori pertemuan itu lah yang pertama sekali terbayang kembali di fikiran di saat mendengar berita sedih itu pagi tadi....
Sumber : FB Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre |
Baca perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre di FB beliau (klik sini) mengenai kenangan beliau bersama dengan Almarhum.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dari hambanya (para ulama) dengan secara langsung. Akan tetapi Allah mencabutnya dengan cara mematikan para ulama, sehingga apabila sudah tidak ada lagi seorang pun yang alim maka banyak orang akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Tatkala para pemimpin (bodoh) itu ditanya, mereka menjawab dengan memberikan fatwa tanpa dilandasi dasar ilmu, mereka menjadi sesat dan menyesatkan.” (HR. Bukhari)
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu 'anhu....
0 comments: