Jom kita puasa sunat Arafah!
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Ibadah haji semakin menghampiri kemuncaknya dengan ketibaan hari wukuf di Arafah pada hari Ahad, 11 September 2016 ini, Selain sama-sama mendoakan kesejahteraan semua jemaah haji di tanah suci, kita juga boleh turut sama dalam 'semangat' haji ini dengan berpuasa sunat hari Arafah.
Ibadah haji semakin menghampiri kemuncaknya dengan ketibaan hari wukuf di Arafah pada hari Ahad, 11 September 2016 ini, Selain sama-sama mendoakan kesejahteraan semua jemaah haji di tanah suci, kita juga boleh turut sama dalam 'semangat' haji ini dengan berpuasa sunat hari Arafah.
Sumber : FB Jom Solat((صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ)) [رواه مسلم]
Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim]. (sumber : abuanasmadani.com)
Puasa Arafah disunatkan kepada orang yang tidak mengerjakan haji sahaja, Jemaah haji yang sedang wukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah pada tahun Baginda mengerjakan haji (sumber : abuanasmadani.com) , di samping untuk memberikan kekuatan kepada jemaah haji untuk melaksanakan wukuf.
Niat puasa Arafah : "Sahaja aku puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta'ala"
Waktu wukuf di Arafah bermula dari waktu Zuhur hingga Maghrib pada 9 Zulhijjah, iaitu anggaran antara jam 5:30 petang hingga 11 malam waktu Malaysia (perbezaan waktu antara Malaysia dan Mekah.Madinah adalah 5 jam, iaitu Malaysia lebih cepat 5 jam berbanding waktu di Mekah/Madinah). Perbanyakkan berdoa pada waktu-waktu ini kerana doa pada hari Arafah adalah antara waktu-waktu mustajab doa. Ditambah pula dengan doa orang yang berpuasa ketika berbuka puasa juga adalah waktu mustajabnya doa.
Jom sama-sama kita berpuasa sunat hari Arafah pada 11 September 2016 ini dan mulakan pagi 11 September nanti dengan turut serta dalam World Quran Hour!
#worldquranhour
|
Baca juga :
Cerita haji saya dan emak...
Boleh ke pergi haji lebih awal dari yang dijangka?
Cerita haji : Pengalaman di Arafah dan Muzdalifah...
Melontar di Jamrah, patuhi arahan, jangan ikut macam saya....
0 comments: