Terima kasih Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkefli dan Latif Romly!

Monday, September 12, 2016 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tahniah & syabas atlet paralimpik negara!

Anda kebanggaan rakyat Malaysia!


Sumber : FB Team Malaysia

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
Pingat emas dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) dengan catatan masa 12.07 saat
Memecahkan rekod Sukan Paralimpik Beijing 2008 milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25 saat.
(Ketahui 8 fakta menarik mengenai Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi di sini)




Sumber : FB Team Malaysia
Muhammad Ziyad Zolkefli
Pingat emas acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran)  dengan lontaran sejauh 16.84 meter
Memecahkan rekod dunia di Sukan Paralimpik London 2012 yang dipegang oleh Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29 meter
(Ketahui 8 fakta menarik mengenai Muhammad Ziyad di sini)






Sumber : FB Team Malaysia


Abdul Latif Romly
Pingat emas dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual) dengan lompatan sejauh 7.60 meter.
Tiga kali pecahkan rekod dunia dalam lompatan ke-2 (sejauh 7,47 meter), ke-3 (sejauh 7,54 meter) dan ke-5 (sejauh 7,60 meter) 
(Rekod dunia acara lompat jauh T20 dipegang oleh Latif Romly sendiri dengan catatan 7.35 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar)
(Rekod Sukan Paralimpik dipegang oleh Jose Antonio Exposito dari Sepanyol sejauh 7.25 meter di London 2012)
(Ketahui 7 fakta menarik mengenai Latif Romly di sini)



Terharu, sebak, bangga, kagum, respek dan macam-macam lagi perasaan bila tengok Mohamad Ridzuan memecut laju hingga garisan penamat, bila tengok Ziyad dengan sepenuh kudrat melontar peluru sejauh mata memandang dan bila tengok Latif Romly terbang bagaikan ada sayap ajaib hingga berjaya catatkan sejauh-jauh lompatan. 

Kelainan upaya, anda telah buktikan anda memang lain daripada yang lain.  

Terima kasih Ridzuan, Ziyad dan Latif (dan semua atlet paralimpik!), akhirnya hajat rakyat Malaysia melihat jalur gemilang berkibar dan lagu Negaraku bergema di bumi Rio tercapai jua!

#rio2016
#paralympics
#kamiluarbiasa


0 comments: