Ada ke orang nak baca blog awak?

Wednesday, September 28, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

"Awak nak tulis blog? Jadi blogger? Ada ke orang nak baca blog awak? Feeling-feeling Hanis Zalikha lah tu kan!"

"Boleh dapat duit tulis blog? Biar betul?"

Itu antara respons-respons seorang kenalan pada awal tahun lepas bila saya ceritakan yang saya hendak menulis blog. Maksud saya kembali menulis blog. Blog yang telah saya mulakan sejak 2012 dan tersadai bersawang lama dek kerana sibuk dengan kerja pejabat.

Kenapa menulis blog?

Tentu sekali bukan sebab nak feeling-feeling Hanis Zalikha. Jauh sangat bezanya kalau nak dibandingkan catatan saya dengan blog beliau, macam langit dengan bumi.

Jadi, kenapa menulis blog?


jana pendapatan melalui blog


Saya pernah menulis dalam satu entry di blog ini mengenai hobi saya iaitu minat menaip (boleh baca entry tersebut di sini). Suka menaip laju-laju. Jadi menulis blog sangat 'kena' dengan hobi suka menaip laju-laju itu. Laju itu pun kalau tengah ada idea lah nak tulis apa. Kalau tengah kering idea, mungkin satu ayat pun tak dapat nak ditaip dalam masa seminit.

Itu saja? Tulis blog sebab hobi menaip?

Tak, saya menulis blog bukan hanya sebab suka menaip. Saya menulis blog sebab suka nak berkongsi cerita. Suka nak sampaikan maklumat. Sesetengah orang menulis blog untuk berkongsi kepakaran tentang sesuatu bidang atau pun untuk memperkenalkan produk jualan mereka. Tapi bagi saya, kedua-dua perkara itu (kepakaran dan produk) pun saya tiada. Kalau nak diceritakan kepakaran melibatkan kerja saya di pejabat dulu, rasa macam teknikal sangat pula. Kalau nak cerita mengenai produk, ada juga saya terfikir untuk promosikan produk kawan-kawan di blog ini.Tapi, itulah. Blog ini masih merangkak. Masih belum tinggi trafiknya untuk bolehkan promosi produk dengan lebih berkesan.

Kalau macam itu, apa saja yang saya tulis dalam blog?

hobi menulis blog


Saya tulis apa saja yang bermanfaat (pada pandangan saya). Apa saja yang boleh memberi manfaat untuk saya dan untuk pembaca yang sudi singgah ke blog ini. Jika pada permulaan saya kembali aktif menulis, saya dapati entry yang selalu dicari dan sebabkan orang singgah di blog ini ialah mengenai hiburan, kini tidak lagi. Daripada 10 entry yang popular di blog ini, 7 daripada entry itu bukanlah cerita hiburan. Gembira juga bila entry berbentuk maklumat yang saya tulis mendapat perhatian daripada pengunjung blog dan masih dicari walaupun telah lebih setahun entry itu ditulis :)

Berbaloi ke habiskan masa tulis blog? Apa yang saya dapat dengan tulis blog? Dapat duit ke?

Jika ada minat, semuanya jadi berbaloi. Rasa puas hati bila ada komen dari pengunjung mengenai satu-satu entry dan bertambah puas hati bila ada yang komen info dari entry itu dapat menjawab persoalan mereka. Dapat duit ke tulis blog ni? Oh, yang ini masih lagi sangat kurang mahirnya. Masih lagi belajar. Masih lagi merangkak. Kayuh perlahan-lahan. Kadang-kadang itu macam perlahan sangat pula rasanya :P.

Baca juga:
Tambah pendapatan dengan hobi menaip dan menulis!
Ada ke orang nak baca blog awak?
Apa yang buatkan anda bersemangat nak tulis blog?

Contoh terbaik blogger yang berjaya jana pendapatan dengan menulis blog yang kaya dengan pelbagai info ialah Tuan Hasrul Hassan (lawat blog beliau di www.hasrulhassan.com). Sejak blog beliau dijenamakan pada tahun 2010, hingga kini blog tersebut telah dapat mencapai pageview atau paparan sebanyak 20 juta! Ini sudah semestinya menyebabkan banyak syarikat mahu pun orang perseorangan yang berebut-rebut nak iklan produk di blog beliau kan. Nampak kan? Di sini lah peluangnya untuk jana pendapatan dari menulis blog. Banyak tips-tips yang dikongsikan beliau dapat dijadikan sebagai panduan semasa menulis blog. Cara nak promosikan blog, cara letak iklan di blog, cara tingkatkan trafik blog, tips untuk blogger dapat undangan ke event berbayar dan macam-macam lagi dikongsikan di blog beliau. Cuba lah singgah. Sekali singgah di blog beliau, mesti lepas itu akan datang singgah lagi untuk cari info-info yang lain pula.

Sampai bila nak tulis blog?

Selagi mampu, saya akan terus menulis dan menulis. Mungkin tiada yang baca apa yang saya tulis hari ini, tapi esok lusa tiada siapa yang tahu. Mungkin hasil pendapatan dari blog saya ini ciput saja, tapi dari hasil ciput itu lah yang akan menjana hasil yang lebih lumayan nanti, InsyaAllah.

Apa yang penting kerjasama! ialah buat apa yang kita minat, Mulakan sekarang. Dan habiskan apa yang telah kita mulakan, bukan nya buat separuh jalan.

Jom kita mula menulis blog!

Bolehkah jana pendapatan daripada menulis di blog? Buku 'Buat Duit Dengan Freelance Blogging' ini ada caranya...












0 comments: