Apa saja impian anda, mulakan sekarang!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Sumber : FB theidealist |
Mulakan sekarang!
Apa saja impian atau angan-angan atau rancangan yang ada dalam fikiran, mulakan sekarang...
Daripada sekecil-kecil dan semudah-mudah perkara hinggalah kepada perkara besar yang libatkan masa, wang dan tenaga, mulakan sekarang.
Anda calon pelajar UPSR yang akan bermula minggu hadapan? Masih banyak yang belum diulangkaji? Rasa belum bersedia tapi masih ingin berjaya dapatkan keputusan cemerlang? Masih belum terlewat, mulakan ulangkaji sekarang!
Anda seorang yang obes, terlebih berat badan dan hidapi penyakit disebabkan kolesterol tinggi? Teringin hendak pakai baju idaman tapi tiada saiz yang sesuai? Penat berulang alik ke hospital untuk pemeriksaan tahap kolesterol? Tak gembira dengan penampilan anda sekarang? Tak yakin boleh capai berat badan ideal? Dah berusaha bersenam tapi masih obes? Masih belum terlewat, mulakan cara pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat sekarang. Yang penting, mulakan sekarang dan hari anda tersenyum melihat berat yang terpapar di mesin penimbang berat badan akan tiba juga satu hari nanti!
Anda ada perancangan nak mulakan bisnes sendiri tapi tak berani? Takut tak dapat sambutan? Tak ada orang nak beli? Takut tak pulang modal? Takut rugi? "Start with fear. Start with pain. Start with doubt". Selagi tak cuba tak akan tahu. Bila dah cuba dan gagal, jangan berhenti. Cuba lagi. Apa yang penting, rancang sebaik-baiknya dan mulakan langkah yang pertama. Mulakan perancangan anda sekarang!
Anda bosan dengan kerja anda sekarang? Statik dan tak mencabar? Kerja yang anda buat sekarang tak bagi anda peluang untuk lebih majukan diri dan potensi anda yang sebenarnya? Teringin nak cuba peluang kerja yang lain tapi dah terlalu selesa dengan apa yang anda ada hari ini? Sayang nak tinggalkan zon selesa dan dut gaji yang dijamin akan berada di tangan setiap kali anda masukkan kad ke dalam mesin ATM setiap bulan? Tak perlu buat apa yang anda tidak suka. Tidak perlu mengikut yang lain sekiranya bukan itu yang anda mahu. Berhenti 'menyeksa' diri sendiri. Mulakan teroka potensi anda yang terpendam dan rancang langkah seterusnya sekarang!
Sumber : FB Irfankhairi |
"Start where you are, with what you have. Just...start"
Selepas baca semua kata-kata di atas, anda rasa termotivasi tak nak mulakan apa yang anda cita-citakan selama ini? Mungkin ya dan mungkin juga tidak, maklumlah saya pun bukan pakar motivasi yang hebat motivasikan orang lain. Sebenarnya saya sendiri tengah memotivasikan diri sendiri untuk sambung kerja yang telah berbulan-bulan saya tinggalkan!
Kata kuncinya di sini ialah...mula bertindak. Mula, walaupun dengan hanya mula merancang. Selagi tiada tindakan, selagi itu lah tak ke mana. Pesanan untuk diri saya sendiri.
Perancangan tanpa tindakan hanyalah tinggal angan-angan...
A paln withiut action is just a dream....
Mulakan sekarang dan terus ke hadapan. Tak perlu toleh-toleh belakang (ragu-ragu) lagi dan jangan berhenti!
0 comments: