Jual waffle di Lazada?

Sunday, January 31, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Ke mana anda sempena hujung minggu yang panjang ini? Seronok kan dapat tambahan cuti hari Isnin. Lepas cuti umum Isnin lepas sempena Thaipusam, minggu ini sekali lagi dapat cuti umum hari Isnin untuk sambutan Hari Wilayah esok, Minggu depan hari Isnin cuti umum lagi sempena Tahun Baru Cina....

Saya baru lepas balik beli barang di Aeon Big Wangsa Maju. Selepas renovation besar-besaran baru-baru ini, Aeon Big kini dah berwajah baru. Cantik dan selesa. Banyak kedai dan restoran baru yang dibuka. Ruang parking kereta bahagian bawah dah dijadikan ruang membeli belah dengan tambahan kedai-kedai makan, kedai jual handphone, kedai alat permainan, kedai jahit, kedai tukar wang asing dan banyak lagi. Yang penting ada kedai buku Popular di situ! Saya tercari-cari juga kedai buku Saujana, tempat favorite saya beli buku sebelum ini, tapi tak jumpa pula.

Kalau singgah di Aeon Big, semestinya saya akan beli waffle di kedai Daily Fresh. Daily Fresh ini dulu hanya salah satu kiosk di Aeon Big ini, sekarang dah ada lot kedai sendiri. Lot tepi, betul-betul sebelum pintu masuk supermarket, dekat dengan tempat troli.

Waffle yang saya suka dulu kini dan selamanya ialah waffle yang diletak coklat dan peanut butter. Memang itu lah yang saya suka sejak pertama kali rasa makan waffle. Waffle di Daily Fresh ini harganya tak berubah, masih sama, RM3.50. Teringin pula nak buat waffle sendiri.

Terjumpa waffle sedap alat buat waffle yang tengah ada offer di Lazada. Rasa macam nak beli tapi tak rasa macam rajin nak buat waffle hehehhe...

Menarik pula tengok alat buat waffle ini! Kalau anda pun tergoda macam saya, boleh klik kat sini!


Lepas itu terjumpa pula alat yang lagi best. Lagi best sebab boleh buat waffle, donut dan sandwich sekali.




Banyak lagi barang murah di Lazada yang tengah ada sale sekarang ini, bermula 26 Jan sampai 8 Feb ini. Diskaun di Lazada memang tak ingat dunia menggoda, sehingga 88%!. Seronok online window shopping ini. Sekali-sekala cuci mata, kalau tak tahan godaan itu memang akan dibeli lah jawabnya!

**Kalau anda nampak future post dengan gambar alat buat waffle @ gambar saya tengah makan waffle dengan peanut butter dan coklat di blog ini nanti , faham-faham saja lah kan, kalah dengan godaan lah maknanya tu!**


Lazada Malaysia

0 comments:

Puas hati dengan ending drama Sha dan Shah?

Saturday, January 30, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Drama Sha dan Shah telah berakhir dengan ending yang gembira (selalunya semua drama ending nya gembira kan?), Peminat-peminat drama Sha dan Shah bagaimana? Puas hati dengan ending drama Sha dan Shah ini?

Pada saya secara keseluruhannya (berangan jadi pengkritik kejap) drama Sha dan Shah ini boleh dikatakan drama yang menarik. Jalan cerita 2 sahabat baik yang berkahwin sesama sendiri untuk mengelak jodoh aturan keluarga, bagi saya ini jenis yang tak banyak menonton drama, jarang atau tak banyak (atau tak ada?) drama Melayu yang membawakan jalan cerita yang sebegini.

Mungkin disebabkan cerita utamanya ialah mengenai 2 sahabat baik ini, maka jalan ceritanya kebanyakannya fokus kepada Sha dan Shah. Sampaikan kadang-kadang saya rasa terlalu fokus hingga banyak (terlalu banyak?) babak-babak yang mengucapkan kata-kata sayang, cinta, rindu yang berulang kali dalam drama ini. Mungkin babak-babak sebegini (ucapan kata-kata tersebut di bilik, di meja makan, di pejabat, di restoran, di panggilan telefon) perlu untuk menekankan betapa mesranya ikatan antara Sha dan Shah agaknya.

Babak saspens di episod akhir drama Sha dan Shah akhirnya memberikan warna dalam perjalanan drama ini. Begitu juga dengan babak sedih (yang betul-betul sedih, bukan hanya merajuk main-main) yang menonjolkan sedikit mainan emosi pada watak Sha dan Shah ini.

drama sha dan shah

drama sha dan shah



Mungkin lebih menarik jika diserlahkan lagi watak antagonis Atilia dan Iskandar dalam drama ini. Atilia betul-betul 'mengganas' hanya di episod akhir manakala Iskandar 'tiba-tiba' menjadi watak seorang yang 'baik' dengan sendiri nya apabila menghampiri episod-episod akhir drama Sha dan Shah ini!

drama sha dan shah



Apa-apa pun, semua di atas hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Bagi yang melihat dari sudut lain, mungkin puas hati dengan drama Sha dan Shah ini. Peminat-peminat Sha dan Sha jangan marah ya!

Baca juga:

Drama Sha dan Shah : Babak apa yang anda suka?
Jom layan drama Sha dan Shah!
Lirik Lagu Hati-Hati (OST Drama Sha dan Shah)




Lazada Malaysia

0 comments:

Duit BR1M 2016 dah masuk ke belum?

Friday, January 29, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Mesti ramai yang tersenyum gembira bila check baki duit dalam bank hari ini kan? Mestilah gembira, duit BR1M kan dah masuk!

Bagi yang dah semak awal-awal melalui semakan online di https://ebr1m.hasil.gov.my/ pasti pagi-pagi lagi dah semak baki akaun di ATM atau melalui online banking. Muka penuh keyakinan duit di akaun bank dah bertambah hehhee....

semakan status br1m secara online
Mesti tersenyum lebar bila tengok status LULUS itu kan!


Baca juga:
Bayaran BR1M diawalkan sempena Hari Raya Aidilfitri
Rayuan permohonan BR1M 2016 bermula 15 Mac 2016 hingga 15 April 2016 ini


Bagi yang tidak membuat semakan status BR1M secara online, mesti rasa saspen masa nak check baki akaun di ATM. Kalau baki terlebih, mesti lah gembira. Macam mana pula kalau baki dalam akaun sama saja? Maknanya BR1M belum masuk akaun lagi? Atau permohonan BR1M tidak diluluskan?


semakan status br1m secara online
Sedihnya....permohonan tidak lulus!

Bagi permohonan BR1M yang tidak lulus, boleh rujuk di sini untuk senarai sebab permohonan tidak diluluskan. Mungkin ada sangkut di mana-mana peringkat kerana kelulusan permohonan BR1M ini dibuat berdasarkan semakan rekod dan maklumat pemohon dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan seperti yang berikut:




Tempoh rayuan BR1M adalah mulai 15 Mac 2016 hingga 15 April 2016. Ada sesiapa tahu bagaimana cara nak buat rayuan jika BR1M tidak lulus? Setakat maklumat yang saya jumpa ialah untuk berhubung dengan pihak yang berikut untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M. Kalau anda ada maklumat , sudi-sudi kanlah kongsi di sini ya!







Lazada Malaysia

0 comments:

Salam hari Jumaat...jom banyakkan selawat!

Friday, January 29, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam.....


Jom kita banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di hari yang mulia ini...

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi
banyakkan berselawat di hari jumaat
Sumber : FB Nour Academy



Bagi golongan lelaki, jangan lupa untuk datang awal ke masjid untuk dengar khutbah dan solat Jumaat ya...

"Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat"

datang awal ke masjid untuk solat jumaat
Sumber : FB Nour Academy


Semoga bermanfaat... :)






Lazada Malaysia

0 comments:

Penerbangan terakhir MH19....

Thursday, January 28, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

penerbangan terakhir mh19 dari amsterdam

penerbangan terakhir mh19 dari amsterdam


penerbangan terakhir mh19 dari amsterdam


Penerbangan terakhir MAS MH19.

26 Januari 2016 menjadi hari yang menyedihkan apabila ia menjadi tarikh terakhir penerbangan laluan Amsterdam ke Kuala Lumpur , AMSKUL. Ini adalah susulan Malaysia Airlines Bhd (MAB) menamatkan perkhidmatan pesawat Boeing 777-200ER miliknya, bermula akhir bulan ini, Selepas ini,  penerbangan MH akan berkongsi kod penerbangan dengan Emirates, sebagai sebahagian daripada perjanjian antara MAS dan Emirates.

Ubat yang pahit terpaksa ditelan, sebagai penawar untuk bangkit lebih baik di masa hadapan. Langkah penamatan khidmat pesawat Boeing 777-200ER adalah salah satu daripada langkah rasionalisasi MAS.

penerbangan terakhir mh19 dari amsterdam
Langkah yang sukar demi masa hadapan yang lebih cerah....


Terasa sesuatu dalam hati bila tonton video penerbangan terakhir yang dirakamkan di lapangan terbang Amsterdam, anda boleh di link ini dan di link ini.

Tak pernah terfikir yang saya akan rasa sedih bila melihat kapal terbang terakhir berlepas. Dan yang pastinya bukan saya sahaja yang rasa macam itu. Begitu sekali dekatnya MAS di hati kita rakyat Malaysia.

MH19 ialah kod penerbangan baru menggantikan MH17 yang terlibat dengan nahas terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

MH17 tidak mungkin akan dilupakan oleh rakyat Malaysia mahupun masayarakat dunia.

MH17 tidak mungkin dapat saya lupakan.

MH17 terhempas pada 17 Julai 2014. Sama tarikh dengan hari lahir saya. Berita buruk MH17 ialah berita pertama yang saya dengar pada pagi hari lahir saya tahun 2014.

MH17 yang terhempas mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal. Salah seorang anak kapalnya adalah anak kepada kawan emak saya.

MH17 yang terhempas membawa bersama surat kiriman yang ditunggu oleh adik saya, Surat itu tidak kunjung tiba.

MH17 digantikan kod nya kepada MH19. Kumpulan kedua jenazah MH17 tiba dengan pesawat MH19 dari Amsterdam pada 24 Ogos 2014. Abang saya salah seorang anak kapal dalam penerbangan MH19 itu.

MH17 sangat dekat di hati.

Saya yang tidak terlibat secara langsung dengan MH pun terasa sedih dengan penamatan laluan AMS-KUL ini, apatah lagi staff yang terlibat sebagai ground staff di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam. Tempoh 36 tahun perkhidmatan AMS-KUL bukanlah tempoh masa yang singkat. Perasaan anak kapal dalam penerbangan terakhir MH19 itu? Hanya Tuhan saja yang tahu....

Penerbangan terakhir MH19 telah selamat tiba di tanahair pada pagi 27 Jan 2016.

Semoga MH akan bangkit dan mampu untuk kembali terbang dari Amsterdam suatu hari nanti....InsyaAllah....

0 comments:

Assalamualaikum...Potret...Hanya Namamu...

Wednesday, January 27, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Jujur saya katakan saya jadi terfikir sejenak bila membaca laporan akhbar mengenai maksud di sebalik lagu Potret dendangan Akim & The Majistret.

Rasanya ramai (termasuk saya) menganggap lagu itu menceritakan mengenai seseorang yang telah putus cinta dan telah kehilangan kekasihnya kan?

Kata penulis lirik, saudara Afham Zulhusmi, atau nama pena nya Kamar Empayar, lirik lagu Potret yang ditulisnya itu menceritakan kisahnya yang kehilangan guru yang dihormati dan dikasihinya sewaktu menuntut di sekolah agama. Kehilangan guru yang dipandang tinggi itu amat dirasai sehingga kekal dalam kenangannya. Pengalaman dari kisah benarnya itu menjadikan beliau hanya memerlukan masa 5 minit untuk menghasilkan lirik lagu Potret ini.

Orang yang berjiwa seni saja dapat hasilkan lirik yang begitu indah mengenai kerinduan seorang anak murid terhadap gurunya....

kamar empayar penulis lirik lagi potret
Sumber : Utusan Malaysia

Lagu Assalamualaikum dendangan Faizal Tahir memang tidak dapat dinafikan mempunyai nilai kemanusiaan dan universal, membuka mata untuk melihat peranan kekuatan lagu dalam menyatukan manusia sejagat. Siapa yang tidak tersentuh dengan bait-bait lirik lagu Assalamualaikum yang bagaikan satu penceritaan kepada video penderitaan rakyat Syria yang ditayangkan ketika persembahan Faizal Tahir itu. Siapa yang tak tersentuh hati itu memang betul lah keras hati orangnya. Assalamualaikum Dunia, Selamat Sejahtera ke atas Dunia....

Hanya Namamu dendangan Caliph Buskers mempunyai makna yang sangat mendalam, mampu mencelikkan hati yang tercari-cari erti kehidupan ini.

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang Kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia
Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Yang pastinya, lagu yang menjadi juara, naib juara dan tempat ketiga AJL sememangnya lagu-lagu yang bukan sahaja indah susunan bahasanya, tetapi juga mempunyai makna yang lebih indah di sebalik lagu itu sendiri. Memang layak untuk menang!


  Lazada Malaysia

0 comments:

Beli barang online : Jangan tertipu dengan peniaga licik!

Wednesday, January 27, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Beli barang online memang perkara biasa di zaman moden ini. Cara beli barang atas talian ini menjadi pilihan ramai kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk pergi ke kedai dan dalam masa yang sama tak sanggup hendak mengharungi kesesakan lalulintas.

penipuan beli secara online cecah rm9 juta

Sekarang segala-galanya hendak yang mudah dan pantas. Beli barang pun hendah mudah.dan pantas, Di mana ada permintaan, di situ ada penawaran. Sebut sahaja apa yang hendak dibeli. Nak beli tudung? Mudah saja. Akses ke laman web atau blog atau media sosial yang menjual tudung (banyaaaak sangat sekarang ini!), pilih mana yang berkenan di hati, ikut langkah atau cara-cara pembelian, buat pembayaran ke akaun penjual dan tunggu barang sampai ke rumah.

Paling cepat sekali, barang dipesan hari ini akan sampai esok hari.

Jika tidak pun, mungkin 2 atau 3 hari kemudiannya. Paling lambat mungkin ambil masa seminggu.

Atau pun, barang yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba....

"Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, setiap hari sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan individu menjadi mangsa penjenayah siber yang menyamar sebagai pedagang internet. Penjenayah yang bergerak secara individu itu dikesan mengambil ke­sempatan memperdaya pelanggan di dalam laman sosial serta laman web beli-belah dalam talian seperti Mudah.my, Facebook, Lelong.com, E-bay.com serta aplikasi telefon bimbit seperti WhatsApp dan WeChat." - Utusan Malaysia

Anda pernah ditipu semasa beli barang online? Saya belum pernah, sebab saya tak berapa yakin nak beli barang secara online. Sedangkan semasa bekerja dahulu, saya menguruskan aplikasi yang menyokong perniagaan secara atas talian, e-commerce!

Belum termasuk masalah penipuan oleh penjual barang online, saya sendiri telah banyak menguruskan masalah-masalah lain yang melibatkan urusniaga secara online ini.Memang banyak. Mungkin sebab itu lah saya agak fobia hendak beli barang secara online!

Membaca laporan di Utusan Malaysia mengenai penipuan libatkan jualan secara online ini, memang saya tergelak bila baca perenggan ini;

"Terdapat juga kes pembeli membayar untuk mendapatkan telefon bimbit berjenama tetapi barangan yang dikirim adalah te­lefon mainan" - Utusan Malaysia

Ini memang kejam. tidak cukup dengan menipu wang pelanggan, ditambah pula sakit hati pelanggan yang tertipu itu apabila pnjual mengirim telefon bimbit mainan!

Jika saya yang hendak membuat pembelian barang secara online, ini langkah-langkah paranoid yang akan saya ambil:

1. Pastikan penjual/peniaga online itu adalah peniaga yang established. Telah berdaftar dengan SSM, ada nombor pendaftaran tertera di blog/media sosial tempat iklan barangan tersebut. Jika tiada, tidak salah untuk anda bertanya kepada peniaga tersebut.

2. Jika telah dapat nombor pendaftaran SSM, mungkin anda boleh jadi lebih rajin sedikit dengan menyemak nonbor tersebut di laman web SSM. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu di SSM e-info, klik di sini. Ada sesetengah maklumat syarikat yang anda boleh dapatkan percuma di e-info ini dan untuk maklumat yang lebih terperinci anda perlu bayar untuk dapatkan maklumat tersebut. Saya pernah mencuba dan kalau tidak silap saya perlu membayar dalam RM15 (maaf jika silap, saya pun dah tak ingat) untuk dapatkan maklumat lebih terperinci mengenai sesebuah syarikat , contohnya nama pemilik syarikat, alamat syarikat dan jenis perniagaan.

3. Pastikan juga anda telah membaca review-review daripada pelanggan-pelanggan lain yang pernah membeli barang daripada peniaga tersebut. Jika banyak sangat review atau komen negatif, mungkin lebih baik anda lupakan saja hajat membeli daripada peniaga tersebut, * Saya gunakan cara ini sebelum buat keputusan untuk book bilik hotel. Ada sekali itu saya terlupa nak baca review, dan telah selesai book bilik sebuah hotel di Melaka. Bila teringat dan saya baca ada banyak komen negatif daripada penyewa bilik sebelum ini, saya pun apa lagi, dengan pantasnya batalkan tempahan dan cari hotel yahg lain!*

4. Pastikan anda menyimpan segala maklumat pembelian seperti  harga barang, bukti pembayaran,  sebarang maklumat tambahan yang anda telah maklumkan kepada penjual semasa membuat pembelian.

5. Buruk sangka atau syak wasangka memang bukan benda yang baik, Tapi adalah 'elok' jika ada sedikit perasaaan syak wasangka jika barang yang dijual secara online itu dijual terlalu murah berbanding harga-harga lain di pasaran. Buat sedikit semakan dan survey untuk bandingkan harga-harga penjual online yang lain untuk produk yang sama. Kalau nak lebih mudah, tanyakan saja kepada penjual itu, "Kenapa ek, awak jual baraang ini murah saaaaangat?"


Berhati-hati semasa beli barang online, jangan jadikan anda sebahagian daripada statistik ini!
statistik penipuan internet
Sumber : utusan.com.my

2 comments:

Pamoga di Anugerah Juara Lagu ke-30!

Monday, January 25, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Rasanya blog saya macam banyak pula cerita mengenai Datuk Seri Vida, pengasas Qu Puteh.

Bila tonton Anugerah Juara Lagu ke 30 malam tadi memang tak dapat nak elak daripada tengok iklan-iklan Qu Puteh. Kata orang kalau kita buat atau tengok atau dengar sesuatu benda itu banyak kali, lama-lama kita akan sentiasa teringat atau buat benda itu. Contohnya, kalau kita rajin buat solat sunat Dhuha, sebulan tak pernah tinggal solat sunat Dhuha, lama-kelamaan kita akan terbiasa dan kalau tertinggal itu akan rasa semacam kan.

Ok, balik kepada iklan Qu Puteh. Sepanjang yang saya nampak, iklan-iklan Qu Puteh ini semuanya simple dan mudah saja. Iklannya straight to the point. Ceritakan khasiat produk dan suruh orang beli. Bagi sesetengah orang, akan kata iklan mudah dan simple maknanya iklan itu tiada bajet. Tiada bajet nak buat iklan yang canggih-canggih. Tapi, kita tahu kan, takkan Datuk Seri Vida tiada bajet?

Pada pendapat peribadi saya lah kan, iklan-iklan mudah ini lah yang buat orang senang ingat dengan produk Qu Puteh dan Pamoga. Ayat-ayat dalam iklan pun ayat-ayat yang mudah. Cuba tengok iklan Pamoga yang keluar sepanjang Anugerah Juara Lagu tadi.

iklan pamoga di ajl30

Di hujung iklan Pamoga itu, Datuk Seri Vida instead of cakap 'Dapatkan sekarang di pasaran!', beliau cakap 'Pergilah beli!'

Kan ayat biasa itu? Ayat yang kita biasa cakap dengan kawan-kawan. Kan? Kalau kita nak suruh atau recommend kawan kita beli apa-apa barang yang menarik, kan kita cakap 'Pergilah beli'. Kita tak cakap kat kawan kita 'Dapatkan sekarang di pasaran' kan?

Mungkin iklan-iklan mudah dan simple ini lah yang jadikan produk Datuk Seri Vida mudah diingati oleh bakal pembeli. Kalau mudah diingati, pastinya bila bakal pembeli itu ke kedai, produk Pamoga lah yang dia akan cari dulu kan?

Sebenarnya emak saya yang perasan ayat 'Pergilah beli' yang Datuk Seri cakap itu. Saya pun komen pelik lah Datuk ini, kenapa lah cakap macam itu, selalunya kan orang kata 'Dapatkan di pasaran'.

Menarik kan teknik bisnes Datuk Seri Vida ini!


Lazada Malaysia

0 comments:

Akim & The Majistret Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30

Monday, January 25, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Yes! Lagu Potret oleh Akim & The Majistret jadi Juara Lagu Anugerah Juara Lagu ke-30!

akim & the majistret lagu potret juara ajl

Lagu favorite saya! Memang letak harapan yang tinggi lagu ini akan menang semenjak peringkat separuh akhir lagi. Di peringkat separuh akhir pun lagu Potret ini telah dipilih sebagai lagu terbaik.

Tidak berjaya ke peringkat akhir pada AJL yang lalu dengan lagu Mewangi tidak mematahkan semangat Akim & The Majistret untuk buat yang terbaik dengan lagu Potret kali ini. Komposer lagu Potret ialah Hang Nadim (nama samaran @ nama pena Akim sebagai komposer kan?) dan penulis lirik ialah Kamar Empayar (ini abang Akim kan?)

*tak pasti mana satu betul, Kamar Empayar atau Karma Empayar, kat AJL tadi dengar macam Kamar Empayar, kat twitter Akim tulis Karma Empayar

Selaim lagu Potret dinobatkan sebagai juara, Akim & The Majistret juga menang kategori Persembahan Terbaik. Tengok persembahan Akim tadi memang penuh perasaaan (semua penyanyi penuh perasaan tadi tapi puji Akim lebih sikit sebab minat lagu ni hehhehe!)

Gambar-gambar penuh perasaan Akim masa nyanyi lagu Potret tadi.

lagu potret memang best
akim & the majistret di ajl30
akim & the majistret di ajl30
akim & the majistret di ajl30


Selain Akim, persembahan Faizal Tahir melalui lagu Assalamualaikum yang menang tempat kedua pun sangat menarik dan menginsafkan. Memang bergenang air mata nak menangis bila tengok video klip di penghujung lagu itu bila kanak-kanak Syria itu kata dah lama tak makan roti, dan selama ini dia makan rumput
:=(



Can’t believe there are people like this

Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

I believe we are better than this

We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?
faizal tahir lagu assalamualaikum naib juara ajl30

Vokal terbaik dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dengan lagu Tak Pernah Menyerah dan tempat ketiga jatuh kepada Caliph Buskers dengan lagunya Hanya Namamu.

caliph buskers lagu hanya namamu tempat ketiga ajl30

Apa-apa pun lagu Potret memang best!

Jauh.............terbawa lukisan hatimu......
Hilang......mencari di mana kau pergi...
Tinggal....aku menahan luka ini....
Sampai...harus ku pergi....

lagu potret juara ajl30
akim & the majistret persembahan terbaik ajl30

Boleh juga klik sini untuk tengok video di YouTube dah ada orang uploadkan bagi yang terlepas saksikan persembahan Akim & The Majistret di AJL tadi.



Baca juga :
Lagu Terbaik Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 Minggu Kedua : Potret - Akim & The Majistret




Lazada Malaysia

0 comments:

Iskandar Zulkarnain bakal pelapis Lee Chong Wei?

Sunday, January 24, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Kipidap Iskandar Zulkarnain!

iskandar zulkarnain lawan lee chong wei
Sumber : Bernama

Walaupun kalah di tangan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dengan 21-18 dan 21-11 dalam masa 42 minit, sekurang-kurangnya pengalaman berharga sepanjang Badminton Masters Malaysia ini dapat dijadikan semangat untuk terus memperbaiki corak perlawanannya di masa hadapan.

Menewaskan pilihan kedua dari India K.Srikanth di peringkat separuh akhir dan menumpaskan Ng Ka Long dari Hong Kong di peringkat suku akhir, Iskandar yang kini berada di tangga 51 dunia ini tidak mustahil mampu mencipta lebih banyak kejayaan dengan bimbingan yang sewajarnya.

Syabas buat anak muda berusia 24 tahun ini, teruskan usaha anda!



Lazada Malaysia

0 comments:

Beli pampers murah online. Tapi sampai bila nak pakai pampers?

Saturday, January 23, 2016 Ana 0 Comments






Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini nak cerita pasal pampers. Atau lampin pakai buang.
Sebut pasal pampers tiba-tiba teringat kisah dalam satu majlis yang viral sebab makan dalam pampers (yang bersih, belum digunakan). Tak tahu nak komen apa. Terpulang nak makan guna apa sekali pun, tapi sebelum post gambar makan dalam pampers itu di FB mungkin kena fikir seratus atau dua ratus kali. Sebab makan dalam pampers bukan suatu benda yang normal kat Malaysia ini kan.

Ok, balik kepada cerita pampers. Selalunya umur berapa yang sesuai untuk mula ajar kanak-kanak untuk berhenti guna pampers? Saya ini memang jenis tak suka nak tukar kan pampers untuk anak saudara saya. Jadi bila anak saudara yang sulung dah berhenti pakai pampers, memang rasa lega lah. Tinggal seorang lagi anak saudara yang masih guna pampers.

Umur dah 4 tahun nak masuk 5 tahun ini. Memang tengah berlatih tak pakai pampers di rumah. Bila nak buang air kecil , dia akan bagi tahu nak ke bilik air. Masalah yang tinggal ialah bila nak buang air besar. Memang dia akan bagi tahu nak buang air besar. Tapi, buang air besar dalam pampers! Maknanya tiap kali nak buang air besar, kena pakai pampers dulu, buang apa yang patut dalam pampers baru ke bilik air untuk cuci.

Dan waktu tidur malam juga masih pakai pampers lagi. Memang saya stress kalau pampers bocor, habis basah tilam. Stress sebab risau kotoran di tilam tidak habis bersih dibasuh. Kan boleh jadi tidak sah wuduk kalau pakaian kita pula yang kena kotoran air kecil tadi.

Dan yang paling penting, harga pampers pun bukannya murah kan. Saya memang marah bila baru saja ganti pampers baru lepas basah dengan air kecil, 5 minit kemudian nak tukar lagi sebab buang air besar pula. Rasa macam rugi kan.

Selalunya orang kata beli pampers murah secara online. Betul ke?

Kalau tengokkan harga-harga pampers di Lazada ini memang betul pun, murah berbanding di pasaran. Boleh klik kat gambar-gambar di bawah untuk tengok harga diskaun di Lazada.




Tapi sampai bila nak pakai pampers?




Lazada Malaysia

0 comments: