Kes culik remaja perempuan 14 tahun hanya lakonan

Saturday, January 02, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kisah viral remaja perempuan berusia 15 tahun yang dakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Klang rupa-rupanya tidak benar dan hanya lah sebuah rekaan. Kes culik remaja perempuan 14 tahun ini hanya lakonan. Remaja itu telah ditemui oleh pihak polis di depan stesen minyak di Banting bersama seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai teman lelakinya.


remaja hilang dakwa diculik


"Sepanjang tempoh 'kehilangannya' remaja perempuan tersebut selamat menumpang di rumah kawan kepada teman lelakinya di Banting, atas kerelaan remaja perempuan itu sendiri.

"Pihak polis juga ingin mendedahkan bahawa rakaman perbualan telefon antara remaja perempuan tersebut dan kakak angkatnya yang telah menjadi viral dalam media sosial yang memberi gambaran remaja perempuan tersebut telah diculik oleh dua lelaki dan dilarikan dengan sebuah van putih, adalah palsu.

"Ianya adalah rekaan cerita remaja perempuan tersebut semata-mata kerana beliau tidak mahu pulang ke rumah keluarganya dan ingin bersama teman lelakinya," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.


Sumber : Astro Awani


Jika benar sungguh apa yang dikatakan oleh Ketua Polis Selangor seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani (rujuk di atas), maka ini adalah cerita yang sangat 'menyedihkan'. Sampai hati si remaja ini mereka-reka cerita sampai begitu sekali membuatkan satu Malaysia kecoh dengan kehilangannya. Siap dengan rakaman suara untuk bagi real kisah penculikannya!

Yang pastinya sangat sedih ialah ibu bapa remaja itu sendiri. Tak tahu bagaimana agaknya mereka berhadapan dengan pelbagai pandangan dan komen masyarakat yang rata-rata nya beranggapan perbuatan remaja itu telah melampaui batas.

Tapi, cara atau taktik mereka-reka cerita diculik ini bukan perkara baru.

Remaja tipu ibu dakwa diculik, minta wang tebusan - Utusan Malaysia , 1 Julai 2014

Remaja tipu bapa dakwa diculik, dirogol - Utusan Malaysia , 14 Ogos 2012

Remaja dakwa diculik, tipu pihak berkuasa Thai - Utusan Malaysia , 26 Mac 2012


Saya pun turut tertanya-tanya seperti mana yang ditegur oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin,

'Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini?"

Kawan-kawan sebaya?

Teman lelaki?

Media sosial?

Media massa?

Ibu bapa?

Semoga remaja berkenaan akan insaf dengan perbuatannya dan berusaha dapatkan semula kepercayaan ibu bapa kepada nya (yang saya rasa mungkin agak susah).

Saya tak tahu nak komen apa lagi....



0 comments: