Keputusan di tangan 250 juruterbang MAS.....
Assalamualaikum & salam sejahtera......
Membaca artikel bertajuk 'Menelan Pil Pahit MAB' di akhbar Utusan Malaysia hari ini membuatkan saya terfikir akan nasib kakitangan MAS (sekarang MAB) yang terlibat dengan rasionalisasi dan penstrukturan semula organisasi itu. Artikel yang panjang lebar itu saya baca bukan sekali, tapi beberapa kali, terutama nya bahagian yang berikut:
Bagaimanapun, langkah rasionalisasi rangkaian MAB yang menyaksikan pengurangan kapasiti dan penggantungan penerbangan ke destinasi terpilih akan memberi kesan kepada keperluan juruterbang.
Apabila syarikat MAB membatalkan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam, Belanda dan Paris, Perancis bermula 27 Januari depan, sudah tentu seramai 250 juruterbang Boeing 777-200ER akan terjejas. Bagaimanapun, kata MAB, mereka bukan diberhentikan, sebaliknya kesemua juruterbang diberi pilihan sama ada berhijrah ke syarikat lain atau terus kekal dalam syarikat tersebut.
“Peluang untuk dipinjamkan kepada syarikat penerbangan yang lain adalah secara sukarela untuk juruterbang secara individu dan tiada juruterbang pesawat 777 diminta untuk meninggalkan syarikat penerbangan itu.
“Para juruterbang mempunyai pilihan kerjaya lain termasuk dipinjamkan secara sukarela kepada syarikat penerbangan lain di Asia atau Timur Tengah, secara sukarela tanpa gaji, cuti jangka panjang untuk mengejar kerjaya lain atau kekal di Malaysia Airlines dan menunggu kekosongan jangka panjang kepada jenis pesawat lain,” kata MAB dalam kenyataannya.
Mungkin kah sudah tiada jalan penyelesaian yang lain? Pada pendapat saya sebagai orang biasa, sedikit kerugian di situ jika 250 juruterbang Boeing 777-200ER itu berhijrah ke syarikat penerbangan yang lain. Pasti bukan sedikit kos latihan yang dibelanjakan untuk melatih juruterbang-juruterbang ini sehingga mahir mengendalikan Boeing 777, dan sayang nya kini MAB bakal kehilangan juruterbang-juruterbang yang berpengalaman ini.
Sumber : Mstar.com.my |
Mungkinkah AirAsia, Malindo dan Rayani Air akan membuka pintu buat juruterbang-juruterbang ini? Atau mereka akan memilih untuk bersama dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain?
Mungkin ada antara juruterbang ini yang memilih untuk kekal bersama MAB, tetapi secara peribadi, saya rasa tak ramai yang sanggup berhadapan dengan kenyataan "Secara sukarela tanpa gaji" atau "menunggu kekosongan jangka panjang kepada jenis pesawat lain" itu. Dengan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang semakin meningkat, bagaimana hendak menampung kehidupan dengan hanya sukarela dan menunggu kekosongan?
Untuk permulaan tahun baru , ini adalah satu cabaran dan dugaan yang besar buat mereka yang terlibat.
Apa-apa pun, keputusan terletak di tangan 250 juruterbang MAS ini. Walau apa pun pilihan mereka, semoga yang lebih baik akan menanti mereka di masa hadapan...
"Don't be afraid of changes. You may end up losing something good but you will probably end up gaining something better...."
0 comments: