Saya nak jadi jutawan RM1 juta tahun baru 2016!

Friday, January 01, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Seronoknya mulakan tahun baru 2016 dengan bergelar jutawan!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Memang tepat perumpamaan ini untuk pemenang Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional  (BSN), iaitu Pn Nuraini Rachman, Pn Nuraini dah jadi jutawan tahun baru 2016!

Pn Nuraini memenangi cabutan istimewa SSP yang bernilai RM1 juta, hasil ketekunannya menabung secara membeli SSP sebanyak RM100 setiap bulan sejak empat tahun lalu. Simpanannya sebanyak RM100 setiap bulan itu adalah daripada wang gaji bulanannya yang  berjumlah RM1000 sebagai pembantu di kedai makan.


Sumber : bharian


Dan yang paling menyentuh hati ialah wang kemenangan RM1 juta itu katanya akan digunakan untuk rawatan abangnya yang terlantar sakit disebabkan penyakit leukimia. Pn Nuraini lah yang bertanggungjawab menjaga abangnya di hospital di sini walaupun pada awalnya merancang untuk pulang ke kampung menjaga ibunya yang sudah tua.

Murni sungguh hati Pn Nuraini ini kan? Dalam pada gembira dengan wang kemenangannya, masih lagi beliau ingat akan abangnya yang sedang sakit. Masih mendahulukan orang lain daripada diri sendiri. Bukan semua orang boleh bersikap macam itu, terutamanya kalau melibatkan duit. Duit boleh buatkan orang lupa diri, apa tah lagi adik-beradik.

Buat baik dibalas baik, Rahsia rezeki tiada siapa yang tahu. Kemenangan besar ini mungkin sebagai balasan Tuhan atas keikhlasan nya menyumbang wang dan tenaga serta 'sedekah' masa menjaga abangnya yang sakit.

Saya rasa teruja pula bila baca berita Pn Nuraini menang RM1 juta dalam cabutan istimewa SSP ini. Bukan setakat cabutan istimewa, cabutan bulanan pun boleh menang hadiah menarik macam yang dimenangi seorang pelajar berusia 17 tahun, Choong Ngook Kin. Menang kereta mewah Mercedes Benz C200 tau!

Rasa-rasanya, pagi Isnin ini saya lah orang pertama yang akan berdiri di kaunter BSN untuk beli SSP!




0 comments: