Cuaca panas membahang sekarang ni..

Monday, January 11, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

cuaca panas di malaysia

Panas betul cuaca hari ini. Cuaca panas membahang. Dalam kereta pasang aircond pun tak terasa sejuk (gas aircond dah habis kot?). Pancaran cahaya matahari yang terkena tangan terasa perit.

Panas di dunia pun dah tak tertahan, macam mana agaknya di padang Mahsyar nanti?

Pada 8 Januari yang lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah memaklumkan yang cuaca panas dan kering di Malaysia ketika ini disebabkan oleh fenomena El Nino yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan hingga Mac 2016.

Begitulah putaran alam. Daripada cuaca berjerebu sekitar September hingga awal November tahun lepas, kemudiannya kita sempat menikmati cuaca yang baik buat seketika sebelum diikuti dengan musim hujan daripada November hingga pertengahan bulan Disember. Menjelang penghujung tahun 2015 hingga kini, cuaca mula panas dan kering akibat fenomena El Nino.

cuaca panas di kuala lumpur
Cuaca panas bulan Januari 2016

Yang merisaukan ialah mungkin bekalan air terganggu bila air di empangan susut sekiranya cuaca panas ini berterusan hingga bulan Mac nanti. Harap-harapnya tidak berlaku lah gangguan bekalan air, trauma pula mengingatkan kembali zaman catuan air di Lembah Kelang bila air di empangan susut dengan kroniknya dulu. Memang rumah penuh dengan tong-tong air dan jadi aktiviti wajib selepas balik kerja untuk penuhkan tong-tong ini setiap kali tiba giliran ada air. Memang seksa bila tiada air ini!

Ketika cuaca panas dan kering ini, lebih baik untuk kita had kan aktiviti di luar rumah. Keluar rumah jika perlu sahaja. Banyakkan minum air kosong. Gunakan pelindung cahaya matahari jika perlu keluar rumah. Saya pasti mesti berbotol-botol pelindung matahari digunakan pelancong-pelancong asing yang berkipas kepanasan di atas ruang terbuka bas 2 tingkat Hop On Hop Off yang saya nampak tengahari tadi!







0 comments: