Nak tambah rezeki? Jom sedekah!
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Terinspirasi pula tengok rancangan hLive Terlajak Puteh Nampak? ini. Memang hebat pencapaian 3 individu yang terlibat secara langsung dalam dunia perniagaan kosmetik dan kecantikan ini. Bertambah-tambah rezeki mereka. Harta juta-juta. Kos rumah baru Datuk Seri Vida pun dah capai RM 22 juta, belum lagi masuk jumlah harta-harta yang lain macam 17 buah rumah nya , 20 biji keretanya, koleksi crown, berlian, handbag, baju-baju dan kasut-kasutnya!
Sumber : Siakapkeli.my |
Kebelakangan ini nampak macam ada lebih banyak iklan Qu Puteh di tv. Melimpah ruah rezeki Datuk Seri Vida ditambah lagi dengan menjadi penaja pelbagai program seperti Gegar Vaganza, Mentor Milenia dan yang terkini penajaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors. Semoga Datuk Seri Vida teruskan amalannya yang suka bersedekah dan membayar zakat dengan rezeki yang melimpah ruah ini.
Tak rugi kan kalau bersedekah. Kalau bersedekah wang ringgit, memang yang nampak secara zahirnya ialah wang yang ada di tangan kita akan berkurang. Tapi kalau kita tengok lebih jauh daripada itu, ganjarannya atau balasannya lebih besar, digandakan 700 kali ganda. Banyak rahsia sedekah ini. Dan belum pernah lagi kan kita dengar orang yang jadi miskin atau jatuh bankrup sebab menderma!
Sedekah bukan terhad kepada wang ringgit saja kan. Beri senyuman manis pada kawan-kawan bila bertemu pun kira sedekah juga...
Sedekah Orang Terkaya di Malaysia. Ketahuinya di sini!
Sudahkah anda bersedekah hari ini?
Memang susah kalau tidak biasa. Tapi lama-lama jadi seronok pula nak bersedekah!
Siram pokok time cuaca panas membahang macam hari ini pun kira sedekah kan? Sedekah pada tumbuh-tumbuhan...
Sedekah untuk semua makhluk Allah... |
Jom tambah rezeki dengan bersedekah!
0 comments: