Orang kini semakin gila!
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Gambar hiasan saja |
"Orang kini semakin gila!"
Itulah komen dari pembaca sebuah akhbar tempatan apabila ditanyakan pendapat mengenai isu gelaran palsu yang heboh baru-baru ini.
Sultan Melaka, Bonda Ratu, Maharaja Kinta.
Apa komen pembaca tersebut?
"Orang kini semakin gila!"
Betul. Ada benarnya komen tersebut.
Demi pangkat dan harta, sanggup 'membeli' gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Kalau diperhatikan semenjak akhir-akhir ini, memang bukan setakat isu gelaran palsu ini menunjukkan orang kini semakin gila.
Adakah boleh dikatakan orang kini semakin gila bila berlakon mengatakan diri sendiri diculik?
Adakah boleh dikatakan orang kini semakin gila bila sanggup ber selfie sambil menyusukan anak? Dan tidak berhenti di situ, gambar selfie itu diupload pula ke FB?
Adakah boleh dikatakan orang kini semakin gila bila sanggup melakukan serangan berani mati melibatkan orang ramai yang tidak berdosa?
Adakah boleh dikatakan orang kini semakin gila bila hari ini disiarkan di akhbar kenyataan bersungguh-sungguh menafikan akan berkahwin tetapi esoknya muncul di sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan?
Adakah boleh dikatakan orang kini semakin gila bila sanggup bertelagah dan berperang hingga mengakibatkan rakyat yang tidak berdosa disekat bantuan makanan sampai kebuluran dan sanggup makan kucing dan merebus rumput untuk dimakan?
Adakah boleh dikatakan orang kini semakin gila bila pelajar / mahasiswa di universiti kelaparan kerana masalah kewangan tetapi seorang pengemis mampu membeli kereta sendiri dengan hasil mengemis sebanyak RM3000 setiap bulan?
Adakah boleh dikatakan orang kini semakin gila bila pelajar di sekolah dihidangkan dengan buku sastera yang isi kandungannya 'sangat mengejutkan' orang awam sebagai pembacanya tetapi diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai bahan bacaan pelajar di sekolah?
Macam-macam cerita gila yang kita dengar sekarang ini.
Bimbang suatu hari nanti, semua kegilaan ini akan dianggap sebagai perkara biasa sahaja, dianggap sebagai perkara yang normal berlaku dalam masyarakat hari ini.,,,,
"Orang kini semakin gila!"
0 comments: