Jalan ditutup sempena sambutan Thaipusam minggu ini

Saturday, January 23, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hujung minggu. Ke mana anda hari ini?

Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan dah ada plan nak bersia-siar di hujung minggu ini, pastikan anda dah periksa plan anda betul-betul.

Kenapa?

Sebabnya 10 jalan utama sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat mulai jam 10 malam semalam (Jumaat 22 Jan 2016) bagi memberi laluan kepada perarakan sempena sambutan Thaipusam yang akan disambut pada Ahad ini, 24 Jan 2016.

jalan tutup sempena sambutan thaipusam

Antara jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak,  Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.

Perarakan 'Pedati Perak' melibatkan perarakan pergi pada 24 Jan dan perarakan pulang yang bermula pada jam 4 petang Isnin 25 Jan dan dijangka berakhir pada pagi esoknya , Selasa 26 Jan.

Penutupan jalan ini bagaimanapun bukan lah penutupan jalan sepenuhnya. Jalan ditutup mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan jalan akan dibuka semula setelah kumpulan perarakan melalui jalan tersebut.



Kalau tak nak terlibat dengan kesesakan lalulintas akibat penutupan jalan ini yang boleh mengganggu mood dan plan hujung miinggu anda, mudah saja, gunakanlah pengangkutan awam ya!



Lazada Malaysia

0 comments: