Ada jodohkah The Red Warriors dengan Qu Puteh?

Tuesday, January 05, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Apa agaknya keputusan KAFA dengan syarat-syarat Datuk Seri Vida untuk menaja pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors?

gomo kelate gomo
Sumber : Wikipedia


Rasanya tak jadi isu besar kot kalau cuma nak cat stadium Stadium Sultan Muhammad IV kepada warna merah jambu dan tukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Ada kelainan. Mungkin boleh buat peminat-peminat bertambah teruja ke stadium (teruja ke?).

stadium sultan muhammad iv
Sumber : Wikipedia

Ada yang setuju , ada yang tak puas hati dengan syarat-syarat Datuk Seri Vida itu. Tapi adatlah kan, mesti nak kena ada win-win situation. Datuk Seri Vida dah sudi nak menaja pasukan Kelantan, mesti lah ada pula pulangannya untuk Qu Puteh kan?




dr vida taja the red warrior
Sumber : FB HarimauMalaya



Kalau penajaan boleh beri kebaikan dan keuntungan untuk kedua-dua pihak, mengapa tidak kan?
Datuk Seri Vida pun dah bagi 'kata-kata ingatan' dalam media hari ini;

"Kalau Kelantan minta (syarat) pelik-pelik sangat, saya pindah (tajaan) kepada pasukan lain macam Selangor, JDT (Johor Darul Ta’zim) atau Kedah" - Utusan Malaysia


Gomo Kelate Gomo!

*saya bukan penyokong mana-mana pasukan bolasepak!*




0 comments: