Trend bisnes food truck di mana-mana...

Wednesday, January 13, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bisnes berkonsepkan trak makanan atau food truck semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia sekarang ini. Selain tidak perlu pening kepala fikirkan kos membayar sewa bulanan premis perniagaan, konsep ini juga membolehkan perniagaan ini dipromosikan kepada masyarakat di pelbagai tempat dan kawasan.

Jual makanan atas trak bukan perkara baru di negara kita ini. Mungkin kalau dulu, kebanyakan makanan yang dijual guna trak @  van ini adalah seperti rojak, cendol, kuih-muih air minuman pelbagai perisa dan makanan serta minuman yang ringkas sahaja.

perniagaan berkonsepkan trak makanan
Dulu kebanyakan makanan yang dijual guna trak makanan macam rojak dan cendol saja


Kini, sesuai dengan peredaran masa, perniagaan berkonsepkan trak makanan telah didominasi oleh makanan-makanan berat tapi segera seperti western food (spaghetti, macaroni, pasta, burger dan lain-lain), waffle, pasta, roti , pizza, coconu shake, makanan Itali, nasi beriyani dan macam-macam lagi.

Pelbagai promosi juga telah diadakan untuk mempopularkan lagi perniagaan berkonsepkan trak makanan ini. Banyak pihak yang menganjurkan Food Truck Karnival seperti yang telah diadakan di Dataran Merdeka, Stadium Shah Alam dan Setiawangsa.

chingunara cafe
Sumber : Hmetro.com.my

Sekadar menyebut beberapa nama. nama-nama perniagaan berkonsepkan trak makanan seperti La Famiglia, SpagMe, The Humble Chef, Little Fat Duck, Wheeloaf, Flaming Wheels, The Burger Shop, Chingunara Cafe, Mr Crepes Truck, Babaritos Food Truck, Thyme Out, Must Byte Trucks semakin mendapat tempat di hati masyarakat kita.

mr crepes truck
Sumber : Hmetro.com.my


Dengan modal serendah kurang dari RM50,000 untuk membeli trak dan kelengkapan memasak, tidak mustahil untuk seorang peniaga dapat meraih keuntungan berganda bisnes food truck jika kena cara berniaga dan promosinya.

"Walaupun saya meraih keuntungan kasar RM8,000 sebulan, saya masih meneruskan promosi memperkenlkan 'food truck' saya di Instagram (@mrcrepestruck) dan medium lain" - Mr Crepes Truck (HMetro)
"Alhamdulillah, usaha kami memberi rezeki berlipat ganda apabila dalam sebulan kami boleh meraih keuntungan kasar sebanyak RM15,000" - Chingunara Cafe (HMetro)

Sangat bagus kan konsep perniagaan food truck ini bagi sesiapa yang baru hendak mula berniaga dengan modal yang kecil.


Baca juga :
Lebih banyak peluang untuk peniaga berasaskan food truck
5 tips mudah untuk mulakan bisnes food truck
Bisnes food truck: Menu ringkas dan peluang di bazar..


Ada yang berminat nak mula berniaga guna food truck?

Mulakan dengan sedikit kajian makanan / minuman yang anda ingin jual (makanan yang senang disediakan dan ada permintaan (ada orang nak beli!)), tempat lokasi yang sesuai (tempat tumpuan orang ramai, mungkin kawasan pejabat atau sekolah) dan perlu juga sedikit ilmu undang-undang penguatkuasaaan (bukan semua tempat food truck boleh berhenti untuk jual makanan kepada pelanggan kan?)


Boleh juga follow FB Malaysian Food Truck (klik di sini)  untuk semua info menarik seperti cara mulakan bisnes food truck, maklumat mengenai food truck yang ingin dijual, acara-acara melibatkan food truck dan banyak lagi.

Selamat ber food truck!


0 comments: