Buat duit dengan rumah sewa (tak perlu miliki rumah untuk disewakan pun!)
Buat duit dengan rumah sewa (tak perlu miliki rumah untuk disewakan pun!)
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Terbaca entry mengenai bagaimana nak buat bisnes menerusi rumah sewa di blog sifu blogger , saudara Hasrul Hassan (HH) tadi. HH kongsikan satu ebook yang padat dengan tips-tips untuk sesiapa yang berminat nak buat duit dengan rumah sewa tanpa perlu ada rumah sewa sendiri (konsep sublet atau sewa atas sewa).
Konsep sublet ini mudah. Lebih kurang sama dengan konsep homestay, dan kita tidak semestinya perlu ada rumah sendiri. Kita sewa sebuah rumah, contohnya dengan harga RM300 sebulan. Dan kita sewakan pula rumah yang kita sewa itu kepada orang lain dengan harga RM500 sehari. Kalau ada orang yang nak menyewa rumah itu selama sehari saja pun kita dah dapat untung nya di situ, dah boleh settle sewa untuk sebulan! Itu baru sehari, kalau penyewa nak menyewa untuk 2 hari? Atau seminggu? Berkali-kali ganda untung rumah sewa atas sewa di situ!
Menarik. Saya pernah dengar juga mengenai konsep sublet ini, cuma tak pernah lagi tergerak nak teroka. Rugi kan?
Baca juga :
Refinance rumah anda....
Harga rumah akan turun?
Hak milik strata, deposit rumah dan pinjaman bank yang tak diluluskan...
Bisnes homestay memang boleh jana pendapatan jika kena tempat dan caranya. Macam kawan saya si pemilik homestay yang pernah saya ceritakan dulu, untuk bulan lepas saja , selain daripada penyewa yang menyewa untuk 1 atau 2 malam, beliau turut juga terima panggilan daripada mereka yang berminat untuk sewa homestay nya selama 15 hari, dan ada juga yang berminat nak sewa selama sebulan!
Tapi, mungkin belum rezeki. Sebab untuk tempahan menyewa selama 15 hari itu, tarikhnya bertindih dengan tempahan penyewa yang lain. Dan untuk tempahan selama sebulan itu pula, selain tempahan bertindih tarikh, kawan saya ini juga tak sampai hati nak sewakan kepada penyewa itu.
Eh, kenapa pula tak sampai hati? Kata kawan saya ini, penyewa itu nak menyewa homestay nya untuk mudah berulang alik ke Hospital Serdang melawat ayahnya yang berada di ICU.
Jika sehari sewa homestay nya RM300, maka untuk sebulan, paling murah pun mungkin boleh disewakan dengan harga RM6000. Kawan saya kata tak sampai hati nak minta bayaran sewa RM6000 untuk orang yang tengah susah hati kerana ayahnya di ICU.
Anda pengusaha homestay? Klik di sini untuk ketahui tips-tips menguruskan homestay!
Jadi untuk anda yang sekarang ini tengah menyewa atau dah ada rumah sendiri, boleh lah cuba-cuba cari rumah untuk disewa dan mulakan konsep sublet ini. Tapi kena pastikan anda dah inform tuan punya rumah yang anda nak buat konsep sublet ini dan persetujuan dah dicapai antara anda dan tuan punya rumah. Nak lebih yakin sebelum mulakan bisnes ini, boleh lah dapatkan ebook yang dicadangkan saudara HH itu!
Dengan itu, sublet secara rasminya akan masuk dalam senarai azam 2016 saya!
Rumah untuk disewa pun mesti nak hias-hias juga walaupun sikit kan? Klik di sini untuk dapatkan tips dan teknik dekorasi bajet bagi rumah anda!
0 comments: